Asam Pedas Ikan Kembung Yang Sangat Sedap
Sebelum masuk bab resipi, saya ingin kongsikan petika dari kuliah online Al Fadhil Ust Mat Esa Deraman (Tokku Pasir Gudang): Dunia adalah peluang, maka rebutlah ia. Kita sekarang masih berada di alam dunia, maka beramal solehlah. Kerana mereka yang telah mati dan berada dalam alam barzah, bercita cita untuk bertasbih walaupun sekali. Mereka tahu kebenarannya tapi mereka tidak lagi dapat beramal. Sedangkan kita boleh beramal tapi kita tak tahu dan tidak melakukannya.
Bila masuk umur 60 tahun, Allah tak akan lagi terima alasan. Jika masih tak sedar lagi untuk beramal, maka besar untuk seseorang menuju kematian khusnul Khatimah. Beramal dengan minimum sekadar solat 5 waktu sehari tidak lagi memadai kerana pastikan setiap nafas adalah dimanafaatkan sebanyak mungkin.
Umur telah ditetapkan tempoh tamat. Peringatan kematian adalah bila kita melihat orang orang yang dekat dengan kita meninggal. Maknanya kita sedang menunggu giliran. Sebagaimana mereka mati, kita juga akan mati. Kita akan menyusul cepat atau lambat.
Mencari akhirat tak akan beri mudaraat pada dunia. Tapi bila mencari dunia kita akan memberi mudarat pada akhirat. Sedang dunia pun, belum tentu kita dapati. Cukup setakat ini perkongsian dari majlis ilmu yang saya sertai malam tadi.
Bila teringat asam pedas ikan kembing, pasti saya teringat keenakan asam pedas ikan kembung yang saya makan satu ketika dahulu. Ketika itu, Hubby ada membuat majlis dan menempah makanan di sebuah cafe.
Sungguh sedap sehingga saya makan menambah nambah sedangkan saya tidak suka makan lauk ikan. Bayangkan keenakannya membuatkan saya masih teringat walaupun ianya telah berlalu hampir 20 tahun.
Hari ini saya memutuskan untuk memasak asam pedas selepas melihat ikan kembung yang dibeli di Pasar Taman Tun sangat segar. Setiap ekor juga menpunya telur yang sangat padat. Saya pula memang hantu telur ikan. Jadi kalau anda menpunyai ikan yang segar, bolehlah menyediakan asam pedas ikan kembung.
Sebelum itu, jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog ini dan untuk klik Follow Blog supaya anda akan mendapat notifikasi setiap kali resipi baru di pos di blog ini.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...
Asam Pedas Ikan Kembung
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
4 ekor ikan kembung
4 ulas bawang putih - ketuk
20 gram asam jawa - bancuh dengan 1 mangkuk air
½ sudu besar garam atau secukup rasa
½ - ¾ cawan minyak masak
3 batang serai - ketuk
Sedikit daun kesum
3-4 sudu besar cili kering kisar
Kacang bendi
1 biji buah tomato
400 ml air atau secukupnya
Bahan kisar:
6-7 biji bawang merah - saiz besar
2 biji buah keras
¼ sudu besar belacan
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan sedikit belacan sehingga naik bau. Nota: Minyak kena betul betul panas dan banyak.
Masukkan serai dan kacau rata.
Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak dan terbit minyak. Masukkan air dan tumis lagi sehingga terbit minyak. Ulang proses terbit minyak ini beberapa kali bagi memastikan cili benar benar masak.
Masukkan air asam jawa dan sedikit garam. Masukkan ikan dan kacau rata. Nota: kalau ikan mudah hancur, masukkan selepas kuah mendidih.
Tuang air sedikit demi sedikit sekadar tenggelam ikan atau mengikut kepekatan kuah yang disukai. Perlahankan api dan renih lama lama.
Masukkan daun kesum, kacang bendi dan buah tomato. Sesuaikan rasa asam dan garam.
Kacau sehingga kacang bendi hampir lembut, tutup api.
Memang kelihatannya sangat sedap
BalasPadamSaya sentiasa cari dan ikut resipi dari Azie Kitchen...memang menjadi... terima kasih atas perkongsian ilmu...
BalasPadam