Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Pedas Daging Perak Untuk Hari Raya Aidil Adha



Selamat menyambut hari raya Aidil Adha buat semua pembaca blog saya. Sebelum kita masuk bab resipi, jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog dan juga klik follow blog saya. Terima kasih atas kerjasama anda semua.

Sempena Hari Raya Aidil Adha atau dikenali juga sebagai Hari Raya Korban, pastinya mengingatkan saya pada kampung halaman. Setiap tahun kami adik beradik dan anak anak buah akan melakukan ibadah korban dengan lembu yang dibela sendiri oleh kakak. Jadi lembu korban kami biasanya sangat gemuk dan cantik. 

Hanya sekali saya melakukan korban di sini bersama rakan rakan di Jabatan Penjara Kajang. Saya memang terkejut melihat lembu bukan sahaja kecil tapi kurus sehingga boleh nampak tulang rusuknya. 

Saya diberitahu yang lembu lembu tersebut hanya dilepaskan di ladang kelapa sawit. Tapi memang kesian bila melihat lembu kurus begitu yang pastinya tidak cukup makanan. Saya memang tidak pernah melihat lembu kurus sebegitu. 

Ibadah korban ini sangat dituntut kepada umat islam kerana fadhilat dan hikmah yang terkandung di dalamnya. Hikmah korban yang utama ialah sebagai tanda umat Islam memperingati peristiwa yang berlaku pada zaman Nabi Ibrahim dan anaknya. 

Peristiwa tersebut merupakan antara salah satu peristiwa yang memperlihatkan ketaatan Nabi Ibrahim kepada Allah s.w.t apabila diwahyukan oleh Allah untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail.

Peristiwa itu berlaku apabila Nabi Ibrahim bermimpi bahawa Allah s.w.t meyuruh beliau Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail. Walaupun masyarakat menganggap beliau sudah hilang akal, Nabi Ibrahim tidak menghiraukannya.

Nabi Ismail dibawa ke tempat untuk disembelih dan Nabi Ibrahim menjalankan perintah Allah dengan memancungkan pedang ke leher anaknya, maka terperciklah darah ke badan Nabi Ibrahim.

Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim apabila melihat yang disembelihnya itu bukan anaknya tetapi seekor haiwan iaitu kibas. Hal ini jelas menunjukkan akan keperibadian Nabi Ibrahim yang taat akan perintah Allah dan seharusnya menjadi ikutan umat Islam.

Selagi kita masih hidup, sama samalah kita melakukan ibadah korban. Insya Allah kita mampu jika kita merancang untuk melakukannya dengan menyimpan wang secara berdikit dikit. Ibadah ini tidak boleh lagi dilakukan setelah kita meninggal dunia, tidak seperti ibadah Haji. Jom sama sama kita mengambil peluang ini untuk melakukan korban. 

Disebabkan pandemik covid 19, tahun ini kakak saya tidak jadi melakukan korban kerana tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa. Jadi saya mengambil keputusan untuk melakukan ibadah korban di tanah suci Mekah bersama anak saya Juita.  


Sekarang kita masuk pula bab resipi yang saya masak untuk hari raya Aidil Adha tahun ini iaitu Rendang Pedas Daging Perak. Cara menyediakan rendang pedas daging sama sahaja dengan cara menyediakan rendang pedas ayam. Cuma untuk rendang ayam, saya menggunakan kelapa goreng. Untuk rendang pedas daging, saya menggunakan kerisik. 

Rendang daging perlu dikacau lama lama sehingga warna bertukar kemerahan gelap begitu. Seperti biasa, rendang daging ini akan dihidangkan dengan lemang dan ketupat. Ketupat palas lemak.

Jika ada yang nak tengok resipi saya gunakan hari ini, boleh salin resipi di bawah. Saya menggunakan 2 kilo daging, jadi anda cuma perlu gandakan bahan bahan yang digunakan. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.... 



Rendang Pedas Daging Perak 

Bahan-bahan:
1 kg daging - dipotong nipis
1 kg santan segar pekat
5 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar kerisik
2-3 keping asam keping
Garam secukup rasa

Bahan hiris halus:
20 biji bawang merah
4 ulas bawang putih - opsyenal
4 inci halia tua
8 batang serai
4 helai daun kunyit

Cara cara:
Masukkan daging, cili kisar dan kesemua bahan yang di hiris ke dalam kuali.



Masukkan santan, nyalakan api dan masak sehingga mendidih. Kacau sekali sekala supaya tidak hangus di bawah permukaan kuali. Setelah kuah sedikit pekat, masukkan asam keping dan garam. 

Setelah kuah hampir kering dan terbit minyak, masukkan kerisik. Kacau sehingga rendang kering yang disukai.

Kacau lagi sehingga rendang bertukar warna merah gelap, bolehlah sesuaikan rasa garam. Jika belum cukup, boleh tambah garam dan asam. Setelah sesuai rasa, bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan. 



3 ulasan for "Rendang Pedas Daging Perak Untuk Hari Raya Aidil Adha"