Kari Kepala Ikan Jenahak Yang Sedap
Memang Covid 19 adalah isu sejagat buat masa sekarang. Isu yang melanda seluruh dunia selepas ianya merebak dari Wuhan penghujung tahun 2019.
Namun begitu, ianya juga memerlukan strategi dan pelan jangka pendek dan jangka panjang untuk memastikan ianya dapat ditangani supaya kesannya tidak berlarutan sehingga menjejaskan kehidupan dan kebajikan rakyat.
Jika rakyat yang ramai boleh dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat sekarang dah masuk hampir 2 bulan, kenapa tidak dikenakan perintah yang menyeluruh kepada semua kilang kilang supaya dalam tempoh 2 minggu akan putusnya rantaian jangkitan covid.
Dalam tempoh tersebut, kerajaan boleh menyalurkan bantuan yang diumumkan sebelum ini. Tidak lah berlakunya seorang menteri tutup pintu dan seorang menteri lain buka pintu belakang.
Ya nampak mudah tapi mungkin pelaksanaannya tidak semudah ini. Tapi negara kita telah mengalami Covid sejak awal 2020, telah cukup lama untuk kerajaan mengambil pelajaran dan pengajaran darinya.
Sekarang kita masuk pula bab masakan. Hari ini ialah kari kepala ikan jenahak. Saya beli kepala ikan segar dari pasar taman tun dr ismail. Bila segar, disimpan dalam peti ais pun berminggu pun, masih segar.
Agak mahal tapi berbaloi kerana sangat segar. Sekarang bekalan dah lama terputus kerana pasar taman tun telah ditutup hampir 2 minggu kerana ramai peniaga di situ yang terkena jangkitan covid.
Kari ikan mesti menpunyai rasa masam masam baru sedap dan tak terasa ikan yang menpunyai bau hanyir. Jika suka pekat, boleh lebihkan bahan bahan. Tapi jika suka cair, bolehlah adjust. Semua bergantung kepada selera dan citarasa. Jika pekat pekat, sedap dicicah dengna roti canai atau dengan roti biasa.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa klik iklan yang ada di atas blog ini dan juga klik follow blog untuk mendapat notifikasi bila blog di kemaskini dengan entri baru. Selamat mencuba....
Kari Kepala Ikan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ketul kepala ikan jenahak - belah 2
4-5 sudu besar rempah kari (campur 2 jenama)
1 sudu kecil halba campur
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk kunyit
50 gram asam jawa - bancuh dengan air
150 ml santan kotak
½ sudu besar garam kasar
2 pelepah daun kari
Kacang bendi
1 cawan minyak masak
Bahan hiris:
7-8 biji bawang merah
5-6 ulas bawang putih
2 inci halia
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis halba campur, daun kari, bahan hiris. Tumis sehingga layu.
Masukkan cili kasar, serbuk kari dan serbuk kunyit. Masukkan sedikit air. Biarkan
Masukkan buah tomato. Masukkan air. Masukkan asam jawa. Kari ikan mesti masam.
Mendidih baru masukkan ikan dan santan. Kacang bendi. Garam dan serbuk perasa.
cuti cuti PKP ni masak aje lah kita... tak tahu masak pun boleh jadi pandai masak. Blog dan yt banyak sekarang... idea dan tutorial banyak...
BalasPadam