Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kari Ayam Yang Lebih Sedap



Hari ini 4 Julai adalah hari jadi suami saya. Hari jadi yang ke 60. Sekarang ini, kami meraikan hari jadi masing masing dengan hanya makan makan sahaja. Sekarang PKPD, kami order makanan dan makan di rumah. Tapi ramai sahabat handai yang menghantar, kek, buah buahan, ais krim dan pelbagai lagi. Besan kami, Dato Setia Salehuddin dan Datin Setia Nursinah juga menghantar kek. 

Resepi yang saya kongsikan hari ini, iaitu kari ayam adalah entri tertunggak minggu lepas. Baru berkesempatan untuk dimuat ke dalam blog. Walaupun memasak kari ayam menggunakan bahan sama, saya sentiasa mengubah cara penyediaannya. Tidak hanya terikut dengan satu cara sahaja. Kali ini saya memasak agak lain sedikit step step nya. 

Hasilnya kari ayam saya kali ini juga lebih sedap kerana bahan juga lebih banyak, kuah juga lebih pekat. Serbuk kari juga dicampur 2 jenama. Tak kisahlah jenama apa apa pun, asal dicampurkan. 


Kalau memasak kari ayam untuk seekor seperti ini, biasanya dimakan 2 kali untuk kami 5 orang. Kalau masak setengah ekor memang tak cukup lah. Anak anak suka makan ayam, kalau tak ada ayam, macam tak ada lauk. 

Berbeza dengan saya yang kebelakangan ini, tak berapa suka makan ayam, daging pun tak suka, seafoood pulak tak boleh makan sebab allergi. Haa itulah masalahnya. Jadi kalau memasak macam ni, saya akan makan seketul kecil sahaja. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba... 



Kari Ayam 

Bahan bahan:
1 ekor ayam
1 sudu besar cili kisar 
Rempah 4 sekawan
1 pelepah daun kari
4 sudu besar serbuk kari (campur 2 jenama) 
½ sudu besar garam
Air asam jawa
¾ cawan minyak masak

Bahan kisar A:
1 biji buah tomato
1 biji bawang besar

Bahan kisar B:
2 inci halia
4 ulas bawang putih

Bahan hiris:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji buah tomato

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan dan daun kari. Masukkan bawang dan tomato kisar dan tumis sehingga naik bau.

Masukkan bawang putih dan halia kisar. Tumis lagi sehingga terbit minyak.

Masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga terbit minyak dan cili benar benar masak.

Masukkan serbuk kari dan tumis lagi. Masukkan sedikit air dan biarkan ianya masak dan terbit minyak.


Masukkan bahan hiris. Masak lagi sehingga sebati dan terbit minyak.

Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan ubi kentang. Biarkan ayam sehingga terbit minyak. Masukkan garam, gula dan air asam jawa. Biarkan mendidih bersama ayam.


Masukkan santan. Kacau rata. 


Masak sehingga kuah terbit minyak cantik. Sesuaikan rasa. Bolehlah tutup api.




2 ulasan for "Kari Ayam Yang Lebih Sedap"

  1. Terimakasih utk resepi yg sgt sedap.. Saya masak utk keluarga.. Mereka kata sgt wow.. Husband kata mcm lauk beli kat kedai Li(kedai yg sedap lauknya di kepala batas, seberang perai) tq again

    BalasPadam
  2. Thank you so much, Azie Kitchen! Memang terbukti sangat sedap. Ni kali ke-2 saya masak kari ayam pakai resepi ni. Kali pertama adalah seminggu yg lalu. ❤

    BalasPadam