Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Nasi Lemak Yang Sedap



Semalam telah diumumkan bahawa lock down disambung sehingga 28 June 2021. Saya sebenarnya genbira dengan pengumuman ini. Ini adalah kerana dengan adanya lock down, ramai orang akan berada di rumah. Dengan statistik kes baru covid 19 yang masih tinggi, memang sangat menakutkan dan lock down disambung adalah sesuatu yang memang dijangkakan. 

Untuk menghapuskan rantaian covid ini perlukan kesedaran setiap individu. Tidak keluar tanpa urusan penting, patuhi SOP yang ditetapkan. Mematuhi SOP bukan kerana takut dikompaun tapi kerana kesedaran untuk menghindari jangkitan Covid 19. 

Jika semua menpunya rasa tanggungjawab, baru lah rantaian dapat diputuskan. Ini bukan lah orang orang kampung yang mungkin tak terdedah dengan maklumat tentang covid kerana ketiadaan alat komunikasi canggih tapi yang cerdik pandai pun mengambil mudah bab SOP. 

Sebagai contoh mudah, masuk jer kereta terus buka mask tanpa terlebih dahulu mencuci atau sanitize tangan yang mungkin kita telah menyentuh tombol pintu kedai atau pejabat atau menekan butang dalam lift. 

Kebelakangan ini saya banyak ber mesej dengan follower saya yang mereka dan keluarga mereka dijangkiti covid. Ada ibubapa yang meninggal, ada suami meninggal. Ada ibubapa dalam ICU dan sebagainya. Jangan sehingga bila kena pada keluarga sendiri, baru kita nak percaya yang covid 19 ini real. Cukup setakat ini dahulu, jom kita sentuh sedikit bab masakan. 

Serious sedap sambal saya hari ini. Saya makan dah petang tapi masih sedap. Biasalah kalau dah sedap, saya makan menambah nambah. Kebelakangan ini, saya memang kurang berselera makan kecuali yang benar benar sedap dan kena dengan selera.



Satu yang mesti diperhatikan untuk menyediakan sambal yang sedap, perlu kesabaran dan masa memasaknya agak lama bagi memastikan cili dan bahan tumisan benar benar masak dan garing. Insya Allah jika dapat menjaga api dan menumis dengan sempurna, sambal pasti sedap. Minyak mesti banyak barulah bahan ditumis masak sempurna. Bila dah masak, boleh ceduk dan simpan untuk digunakan ketika menggoreng nasi, sayur dsb. 

Jom layan resipi di bawah ini. Jangan lupa untuk klik follow blog ini supaya anda dapat notifikasi bila entri baru di update dalam blog. 



Sambal Nasi Lemak
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
50 gram ikan bilis - boleh tambah
4 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar asam jawa - bancuh dengan sedikit air
3 sudu besar gula - tengok kepedasan cili
½ kiub ikan bilis Knorr
½ sudu besar garam atau secukup rasa 
1 cawan minyak masak

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
4-5 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Nota: Ikan bilis dibasuh manja manja sejurus sebelum digoreng. Jangan basuh sebelum itu.

Setelah garing, tuang bahan kisar dan kacau rata. Masukkan cili kering kisar dan tumis dengan api pelahan sehingga sambal garing dan terbit minyak. Nota: minyak akan kelihatan berbuih, tanda dah garing.

Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Sesuaikan rasa dan bolehlah tutup api. 


Boleh ceduk minyak berlebihan sebab menumis perlu minyak yang banyak supaya bahan ditumis masak sempurna.


Nota:
Jika suka, boleh juga ikan bilis digoreng sekadar layu dan terus masukkan bahan kisar.

Jika suka bawang besar hiris, boleh masukkan selepas masuk air asam jawa.

Jika suka, boleh kisar sedikit ikan bilis bersama bahan kisar. Atau masukkan sedikit kiub ikan bilis. 

Nasi lemak: beras direndam dalam 15-20 minit sebelum dimasak.


Catat Ulasan for "Sambal Nasi Lemak Yang Sedap"