Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Cekodok Pisang Abu



Cekodok pisang ini juga dipanggil jemput pisang. Kenapa dipanggil jemput, agaknya kerana adunan dijemput menggunakan jari dan dimasukkan ke dalam minyak panas. Nampak macam mudah jer kan nak buat cekodok pisang atau dikenali sebagai jemput pisang. Alaa cara buat cekodok pisang pun nak share ke? 

Sebenarnya walaupun mudah untuk menyediakan cekodok pisang ni, kalau tak belajar atau tak tengok bagaimana ianya disediakan, agak sukar juga untuk menghasilkan cekodok yang sedap dan cantik. 


Sebagai seorang food blogger memang minat saya untuk belajar dan mencuba walaupun masakan yang sangat ringkas. Kemudian, say aakan kongsikan pula di blog supaya orang lain juga dapat menghasilkan cekodok yang sedap. Jangan kedekut ilmu walaupun anda seorang peniaga kerana rezeki telah dijamin Allah. 

Rezeki kita tak akan jadi rezeki orang lain. Begitu juga sebaliknya. Jangan risau kalau orang lain guna resipi kita buat berniaga dan jualan kita kurang. 

Hari ini saya guna pisang abu lebihan dari saya membuat pengat pisang dan juga pisang goreng. Juita yang cadangkan supaya dibuat cekodok pisang. Hmm rasanya kali pertama saya guna pisang abu untuk cekodok pisang. Sedap lebih lebih lagi pisang nya dan masak ranum. 

Jom layan resipi dan cara saya menyediakannya di bawah ini. Selamat mencuba....


Cekodok Pisang

Bahan bahan:
8 biji pisang abu
2 sudu besar gula perang - bergantung pada kemanisan pisang
1 sudu besar santan kara  atau santan serbuk 
½ cawan tepung gandum

Cara cara:
Lenyek pisang dan masukkan semua bahan lain. Kacau sebati. Biarkan adunan seketika sebelum digoreng. Nota: jika lembik, tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit.


Panaskan minyak yang banyak supaya bila digoreng cekodok akan tenggelam sepenuh dalam minyak. 

Basuh tangan dan jemput adunan cekodok menggunakan jari dan masukkan ke dalam minyak panas. Dibalik balikkan supaya masak rata. Angkat dan tos. Sedia untuk dinikmati. 




2 ulasan for "Cekodok Pisang Abu"