Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Goreng Kelantan Menggunakan Sos Labu Siam



Arwah abang sulung saya dulu ada buka kedai makan di hadapan rumah beliau. Kedai makan tersebut diuruskan ooeh kakak ipar saya. Mee goreng yang dimasak oleh kakak ipar sangat sedap. Saya pernah bawa balik sos cili Siam dan sos labu untuk menggoreng mee di sini.

Bila teringin nak makan mee goreng yang ala ala Kelantan, saya terpaksalah memasaknya sendiri. Baru ikut citarasa kita sendiri. Sama jer dengan menggoreng mee saya sebelum ini. Yang berbeza kerana saya menggunakan sos cili Siam dan sos tomato cap labu. Orang Kelantan panggil sos labu. 



Saya sangat gemar rasa mee Kelantan tapi sekarang ini agak susah untuk mendapat mee yang sedap. Pastinya mee di pasar Bachok yang pernah saya makan tahun 1984 adalah mee tersedap yang pernah saya makan. 

Alangkah bertuahnya jika saya tahu siapa kakak yang berjual di situ. Beliau berjual seorang diri sahaja di situ. Tak ada kedai lain di pasar tersebut. Balik dari sekolah, saya pasti ke sana untuk beli mee goreng. Saya menjeling jeling juga untuk melihat cara beliau memasak tetapi tak faham abahan bahan yang digunakan. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...


Mee Goreng Kelantan

Bahan bahan:
1 pek mee kuning
Isi ayam/udang/fish ball atau apa apa yang disukai 
4 sudu besar sos cili Siam
4 sudu besar sos labu
3 sudu besar kicap lemak Jalen
½ sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar cuka
Garam - jika perlu
½ sudu kecil gula - opsyenal 
¼ cawan minyak 

Bahan hiris;
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang hiris sehingga naik bau dan keperangan. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak. 

Masukkan ayam atau apa apa yang disukai. Masukkan sedikit air supaya cili dan ayam masak. Masukkan sos cili dan sos labu. Kacau lagi. 



Masukkan kicap lemak dan batang sawi. Sesuaikan rasa. Jika perlu, masukkan sedikit garam. Masak sehingga kuah sedikit pekat. 

Masukkan mee kuning dan daun sawi. Kacau rata sehingga mee lembut. Sedia untuk dihidangkan. Hidang dengan hirisan buah limau nipis dan bawang goreng.



1 ulasan for "Mee Goreng Kelantan Menggunakan Sos Labu Siam "