Mee Goreng Basah Kelantan
Insya Allah kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Walaupun dalam Perintah Kawalan Pergerakan, raya tetap raya kerana hari raya adalah hari kemenangan untuk umat Islam selepas sebulan berpuasa. Berpuasa menahan lapar dahaga dan menahan dari melakukan segalanya yang dilarang.
Malam ini kita perbanyakkan bertakbir sehingga selesai solat raya. Juga perbanyakkan ucapan Taqabbalallahu Minna wa Minkum. Jika diberi ucapan tersebut, jawab Minna wa Minkum Taqabbal Ya Karim. Jika diucapkan Hari Raya, boleh jawab dengan Ameen.
Saya tiba tiba teringin nak makan mee goreng untuk berbuka puasa. Jadi gigihlah saya menyediakannya. Selepas masak rendang Malaysia di SINI, saya merebus daging untuk dibuat mee.
Kuah pun saya sediakan siap siap. 15 minit sebelum berbuka, saya cuma perlu masukkan telur, mee dan sayur sayuran sahaja. Jadi mee goreng saya dihidangkan panas panas untuk berbuka. Saya hanya makan mee goreng ini sahaja untuk berbuka.
Alhamdulillah mee goreng saya ini sedap dan menepati citarasa saya untuk sepinggan mee goreng. Saya memang agak cerewet kalau bab mee goreng. Kalau tak sedap, memang tak lalu nak makan. Saya siap makan menambah nambah.
Pagi raya kedua biasanya kita dah mencari makanan biasa. Saya nak bercadang nak masak mee hoon goreng daun limau purut di SINI. Jika ada yang nak cuba mee goreng, boleh guna resipi ini. Serious sedap.
Teringat mee goreng di kedai arwah abang sulong saya yang rasa seperti ini lah. Kalau tak silap, dia ada menggunakan cuka dari Thailand ke dalam mee goreng tersebut.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 paket 450 gram mee kuning
Daging - hiris nipis
2 biji telur
1 sudu besar cili kering kisar
1 paket 450 gram mee kuning
Daging - hiris nipis
2 biji telur
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar cuka
½ sudu kecil garam
1 sudu besar gula atau secukup rasa
Sawi
1 biji buah tomato
4 biji cili padi
¼ cawan minyak
½ sudu kecil garam
1 sudu besar gula atau secukup rasa
Sawi
1 biji buah tomato
4 biji cili padi
¼ cawan minyak
Bahan hiris:
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Bahan sos:
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar kicap pekat manis
4 sudu besar kicap pekat manis
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan hiris sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga terbit minyak.
Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap manis. Masak sehingga sedikit pekat. Masukkan daging dan air untuk lembutkan daging. Nota: saya rebus daging dulu dengan periuk tekanan.
Masukkan cuka, gula dan garam. Biarkan daging masak dan empuk.
Masukkan telur yang telah dikacau. Biarkan seketika sebelum dikacau.
Masukkan mee dan kacau rata. Masukkan sawi, buah tomato dan cili padi. Kacau rata. Jika suka basah, boleh tambah sedikit air.
Boleh dihidangkan dengan tabur bawang goreng dan hirisan limau nipis.
Catat Ulasan for "Mee Goreng Basah Kelantan"
Add your comment