Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Asam Pedas Ikan Kerisi Johor Style



Hari ini saya memasak ikan kerisi. Siapa pernah makan ikan kerisi yang besar seperti ini. Saya pernah beli ikan kerisi besar semasa membeli ikan di Morib. Selepas itu, tak pernah lagi jumpa sehingga lah saya ke Village Grocer. Harganya RM110 seekor.

Secara jujur saya bukan penggemar ikan. Kalau ikan mestilah digoreng. Itu pun setelah ianya diperap dengan garam kunyit. Tapi sebab suami saya suka makan ikan yang segar, saya cuba memasak pelbagai lauk ikan. Anak saya, Nana pun sama. Kurang gemar ikan kecuali ikan yang digoreng terlebih dahulu. 

Jadi kalau ikan kerisi besar macam ni, sedap digoreng dan dimasak kicap atau dimasak tauchu. Kali ini saya cuba memasak asam pedas. Saya mendapat idea memasak asam pedas Johor style ini lepas melihat program facebook live The Local’s Table Chef Sherson Lian dengan owner Restoran Selera Johor. 

Walaupun tak diberi resipi lengkap saya cuma mengagak sahaja kuantitinya. Bagi saya resipi ialah bila ianya lengkap dengan sukatan. Jika tidak, bukan lah resipi. Alhamdulillah sedap. Malahan masa sedang menumis pun berbau wanginya. 


Saya guna belacan yang diberi oleh kawan saya. Belacan yang dibuat dengan udang segar di tengah laut. Kalau guna belacan biasa, saya memang allergi dan gatal gatal tapi belacan ni, OK pula.

Jom pakat ramai ramai mencuba resipi ini. Resipi asam pedas ini ada pelbagai. Walaupun asam pedas Johor, ada pelbagai cara, begitu juga dengan asam pedas Melaka. Ada yang letak jintan, ada yang letak daun limau purut dan macam macam lagi. 

Tapi hari ini saya guna versi asam pedas restoran selera Johor. Nak lagi kaw, biar kuahnya sedikit pekat tapi tidak terlalu pekat.   

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...



Asam Pedas Johor style
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
4 keping ikan kerisi - boleh guna ikan apa apa pun 
4 sudu besar cili kering kisar
Sebesar bola ping pong asam jawa
Kacang bendi
2 bunga kantan - belah 2
Daun kesum
½ sudu kecil garam 
½ cawan minyak masak

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 biji cili merah 
1 ½ inci kunyit hidup
1 ½ inci halia
½ sudu kecil belacan 

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis cili dengan api sederhana sehingga terbit minyak.



Setelah terbit minyak, masukkan bahan kisar. Tumis sehingga masak dan terbit minyak.


Masukkan air asam jawa. Masukkan bunga kantan dan daun kesum. 



Masukkan ikan dan masak sehingga ikan masak. Masukkan kacang bendi dan garam. Akhir sekali, masukkan sedikit lagi daun kesum.



Nota:
Cili mesti lebih dari sukatan bawang 1:3 bagi mengelakkan ianya pahit.

Catat Ulasan for "Masak Asam Pedas Ikan Kerisi Johor Style "