Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tumis Udang Lauk Nasi Lemak



Sebelum baca klik lah Follow My Blog dulu, baru akan dapat notifikasi bila saya post entri resipi baru. Jangan lupa klik iklan google sekali. Iklan google ni safe bukan scam sebab melalui tapisan oleh pihak google. 

Minggu lepas Hubby beli lauk sambal tumis udang di restoran terkenal di Mutiara Damansara. Serious sangat sedap sambal tumisnya. Berbeza lah lauk di beli di restoran dengan yang dibeli di bazar Ramadhan kerana di restoran, mereka perlu menjaga nama restoran mereka. 

Beberapa hari kemudian nampak pula Datuk Chef Wan menayang hidangan nasi lemak dan lauk pauk termasuk sambal tumis udang beliau untuk berbuka puasa. Jadi saya memberitahu anak anak yang saya teringin nak makan nasi lemak. 

Makanya hari ini saya menyediakan nasi lemak dengan lauk sambal tumis udang, sambal ikan bilis versi arwah Bonda mertua, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng dan ulam timun serta telur rebus. 

Tapi ada juga lah lauk lain yang saya sediakan seperti ayam goreng Mamak, rendang daging yang memang dah ada dalam freezer yang saya masak beberapa hari lepas. Saya juga goreng ikan kerisi besar yang dibeli di Village Grocer. Penuh juga meja walaupun hajatnya nak berbuka dengan nasi lemak dan set yang basic sahaja. 


Kelainan yang saya buat pada sambal tumis udang hari ini ialah saya memasukkan 2 sudu besar sos cili. Yang lain bahan bahan sama sahaja. Minyak tu kalau nampak bergenang, ceduklah keluar sedikit. Boleh guna untuk masak nasi goreng.  

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba. Jangan lupa subscribe dengan klik Follow blog saya.



Sambal Tumis Udang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
700 gram isi udang
5 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang besar - hiris
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar gula
1 sudu besar gula perang
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil pes asam jawa
1 ½ cawan minyak

Bahan kisar:
2 biji bawang besar
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
½ sudu kecil belacan

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing dan terbit minyak. Masukkan cili kering dan tumis lagi sehingga cili masak dan terbit minyak.


Setelah terbit minyak, masukkan garam dan air asam jawa. Kacau rata. Masukkan sos cili, gula dan gula perang.

Kemudian masukkan udang dan bawang besar hiris. Kacau rata. Bolehlah ditutup api. 




Catat Ulasan for "Sambal Tumis Udang Lauk Nasi Lemak"