Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Daging Versi Azie Kitchen Yang Sangat Sedap



Kuliah Subuh Surau Ad Dhuha hari ini sempena Nuzul Quran oleh Ustaz Fadhil Osman dimulakan dengan Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183).

Perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah bersyukur atas nikmat Islam dan nikmat Iman. Ramai orang bukan Islam yang menpunyai tutur kata dan pemurah yang lebih baik dari orang Islam tapi Allah tak bagi mereka hidayah. Ustaz memberi contoh dari pengalaman beliau ketika di Jepun. Di Jepun yang mengimarahkan masjid adalah orang pendatang. Bukan orang Jepun. 

Tapi akhlak orang Jepun sangat baik, bila mereka membuat booking meja makan di restoran, mereka akan meletakkan wallet di atas meja semasa pergi order makanan. Tidak seperti kita yang biasanya seorang akan tunggu di meja. Tapi Allah tak bagi mereka hidayah. 

Sabda Nabi SWA beruntung lah sesiapa yang Allah bagi nikmat Islam. Kata Nabi Ya walaupun mereka mencuri dan berzina, dengan kesucian dan keagungan ku, aku akan keluarkan mereka yang mengucapkan kalimah Allah dari neraka. Kalimah Allah lebih besar dan berat dari dunia dan isinya. 

Ada syarat ke nak masuk syurga? Ramai orang nak dengan kalimah Laailaa haillallaah tapi Allah tak bagi. Kalau orang nazak, kena ajar di telinga kalimah ini. Kalau boleh orang yang dia sayang. Ketika nak mati, Allah nampakkan dua alam. Alam dunia dan alam barzah.

Besar kalimah Lailaa Haillallaah. Barang siapa mengucap dengan ikhlas akan masuk ke syurga. Macam mana ikhlas. Jawab Nabi menjauhkan dari perkara yang dilarang.

Beruntung menjadi orang Islam kerana mereka didatangkan bulan Ramadhan. Umat Nabi Muhamad SWA akan masuk syurga dulu. Tapi dengan umur kita padan ke nak masuk syurga. Umat umat terdahulu, umur panjang amalan hebat berbanding umat Nabi Muhammad. 

Kalau dengan umur yang pendek, macam mana nak masuk syurga. Contoh seorang lelaki umur 65 tahun. Tolak usia akil baligh 15 tahun, tinggal baki usia 50 tahun. Tolak 17 tahun mengambil kira waktu tidur 8 jam sehari. Tolak 25 tahun lagi untuk aktiviti siang 1 hari 12 jam.  4 jam rehat memakan masa 8 tahun. Habis 50 tahun. Jadi macam mana nak masuk syurga.

Kalau dikira 1 jam sehari beribadah baru menyamai 2 tahun beramal. Jadi jangan main main dengan Ramadhan. Buat amalan wajib dapat 70 kali ganda pahala. Buat amalan sunat dapat pahala amalan wajib. Ada pula malam Lailatul Qadr yang lebih baik dari 1000 bulan. Malam tu, jika kita solat, mengaji seolah dapat pahala solat selama 84 tahun, dapat pahala mengaji 84 tahun. 

Allah tak beritahu bila malam Lailatul Qaqr tapi adalah 10 malam akhir. Jadi kerana itu lah, malam terakhir yang kritikal. Kalau di Mekah, penuh orang pada malam 10 terakhir. Mereka keluar beramai ramai membawa makanan, bawa anak kecil untuk meraikan 10 malam terakhir.

Kedua, beruntung orang yang Allah bagi rezeki secukupnya. Tenang jer. Nak sedekah pun boleh. Bukan rezeki yang banyak tapi sekadar mencukupi. 

Ketiga, beruntung yang Allah jadikan hatinya penuh dengan sifat qanaah. Prof Hamka menyebut ada 3 sifat orang yang qanaah iaitu, redha dengan apa yang Allah berikan pada dia. Kedua, kalau berdoa, dia minta yang sepadan dengan dia jer. Ketiga, tidak tertipu dengan dunia walaupun diuji dengan kesusahan dan kesenangan. 

Mudahan Ramadhan yang masih berbaki ini, kita guna dengan sebaiknya. Ianya kerana belum tahu kita akan bertemu dengan Ramadhan akan datang. Ramadhan pasti akan tinggalkan kita. Berapa ramai orang yang tidak dapat bertemu Ramadhan kerana dipanggil mengadap Illahi sebelum Ramadhan. 

Taqwa akan dapat dilihat selepas kita keluar dari Ramadhan. 


Inilah bulan terbaik untuk tingkatkan taqwa. Semakin tinggi taqwa, semakin dekat kita dengan Allah. Allah janji 3 perkara, siapa suka infaq harta, hati sentiasa suka bersedekah walaupun dalam keadaan sunyi atau terang terangan. 


Di sisi Allah bagi pahala besar iaitu syurga dan tidak rasa kuatir kerana Allah akan pelihara famili dia. Dia akan dapat lebih baik dari dunia. Tak akan rasa dukacita kerana dah ada pahala ganjaran hasil menyumbang semasa hidup di dunia. Cukup setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 




Sekarang kita masuk pula bab masakan. Entah kenapa tiba tiba jer rasa nak makan rendang daging. Agaknya melihat orang dok sana sini menayang gambar rendang daging. Tapi tak pula mahu dikongsi resipinya. Bila ada yang menanya resipi, tuanpunya tanah buat buat tak baca lah kot. Hahaha. 

Kalau biasa, saya masukkan bahan semua sekali dengan daging, kali ini saya rasa ingin mengubah sedikit cara dengan menumis. Bila kita tumis dulu, bahan bahan lagi naik bau dan aroma serta pastikan bahan masak sempurna. Jadi lebih sedap dan lebih tahan lama terutama kalau di musim perayaan.

Saya gembira sangat kerana bila menjamah rendang ini ketika berbuka puasa, terasa sangat sedap dan menepati apa yang saya mahukan. Keenakannya sehingga membuatkan saya teringat ingat sampai pagi. Aduhai kalau tak kerana puasa, sure pagi pagi dah masuk dapur dan buka periuk. 

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.... 


Rendang Daging Sedap Versi Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan: 
2 kg daging
1 kg santan segar
8 sudu besar cili kisar
3 keping asam keping
2 helai daun kunyit
1 sudu besar jintan manis, 1 sudu besar jintan putih dan 1 sudu besar ketumbar - sangai dan tumbuk
4 sudu besar kerisik
½ - 2 sudu besar garam
1 keping gula Melaka - 90 gram
1 sudu besar gula 
1 cawan minyak masak

Bahan kisar:
4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 inci lengkuas - 45 gram
3 inci halia - 25 gram
10-15 biji cili padi
6 batang serai
3 inci kunyit hidup - 25 gram
4 biji buah keras keras 

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis cili kering kisar sehingga garing.

Masukkan bahan kisar dan rempah yang ditumbuk. Tumis sehingga naik bau dan terbit minyak, masukkan daging. Kacau sehingga daging empuk.




Masukkan asam keping. Tak perlu masukkan air kerana air daging akan keluar banyak. Jika daging belum empuk, baru dimasukkan air sedikit demi sedikit. 


Selepas masukkan santan, dan terbit minyak, masukkan kerisik, garam, gula, gula Melaka dan akhir sekali daun kunyit yang dihiris halus.


Masak sehingga kering yang disukai. Bolehlah dihidangkan dengan nasi atau lemang atau pulut atau apa apa sahaja.



Catat Ulasan for "Rendang Daging Versi Azie Kitchen Yang Sangat Sedap"