Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Kerapu Stim Tom Yam



Alhamdulillah kita kini berada dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah. Setiap kali bulan Ramadhan, selera makan kita akan sedikit berubah. Saya akan lebih memilih masakan atau kuih muih yang simple sahaja. 

Bulan Ramadhan dapat makan ikan kukus seperti ini memang wallaaa sedapnya. Dengan menggunakan kiub Tom Yam Knorr menjadikan ikan kukus ini sedap dengan rasa Tom Yam. Bila dah sebut tom yam, pasti lah ala ala Thai atau Siam gitu. Betul tak?

Saya menggunakan ikan kerapu yang dibela di laut dalam Langkawi. Boleh tengok Instagram mereka di @langbirufisheries. Tiger dragon yang sangat fresh menjadikan ikan stim saya hari ini bertambah sedap. 


Nak menyediakan ikan kukus tom yam ni mudah sahaja dengan menggunakan kiub tom yam Knorr dan serbuk limau nipis Knorr. Gerenti sedap gitu. 

Tak perlu juga dengan memerah limau nipis. Cuma ceduk jer beberapa sudu serbuk limau nipis yang kita nak, mudah sangat. Bahan penyedap makanan ini memang sentiasa ada di dapur rumah saya. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI.


Klik subscribe supaya anda akan mendapat notifikasi setiap kali video baru di upload di youtube. Selamat mencuba semua...


Ikan Kerapu Kukus TOMYAM
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan-bahan
1 ekor ikan kerapu
1 sudu kecil serbuk all in one Knorr
2 sudu besar minyak masak
100 ml air
1 kiub stok Tom Yam Knorr
3-4 helai daun limau purut- di carik
1 sudu besar gula - opsyenal
1 sudu kecil serbuk limau nipis Knorr

Bahan kisar
2 biji cili merah-buang biji
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Bahan untuk kukus
2 batang serai-hiris serong
2 inci lengkuas-ketuk
2 biji buah tomato-potong
1 biji bawang besar Holland -hiris nipis
½ batang saderi
2 labu bawang putih jeruk

Hiasan
2-3 biji cili padi - potong
1 biji nipis - hiris nipis
Daun ketumbar 

Cara cara:
Ikan dikelar dan dilumur dengan Serbuk all in one Knorr selama 30 minit-1 jam.

Di atas kuali, tuang besar minyak masak dan tumis bahan kisar bersama daun limau purut hingga naik baunya.

Tuangkan air secukupnya dan masukkan lengkuas, serai, kiub pati Tom Yam dan serbuk limau nipis.

Letak Ikan Siakap di dalam bekas tahan panas Tuang bahan tumis tadi ke atas ikan. Masukkan bawang besar, buah tomato, batang saderi dan bawang putih jeruk.

Tabur sedikit Knorr Pasti Sedap, jika suka.

Kukus dengan suhu tinggi selama 20-25 minit atau sehingga ikan masak sempurna.


Akhir sekali, susun hirisan limau, tabur cili padi. 


Catat Ulasan for "Ikan Kerapu Stim Tom Yam"