Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Pengat Ubi Keladi Telur



Kebelakangan ini, saya agak sibuk dengan beberapa tugasan untuk persediaan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi. Jadi blog saya agak terbiar seketika. Bila saya check, aduhaai tidak ramai pun yang klik iklan di blog saya. Apa kata, anda beri satu klik di mana mana iklan yang ada di sini dulu. 

Hari ini saya ingin kongsikan resepi pengat ubi keladi telur. Siapa tahu atau pernah dengar keladi telur? Saya memang tak kenal dan tak pernah dengar pun. Saya ada baca yang keladi telur ini sedap direbus dan dimakan cicah dengan kelapa parut yang digaul garam dan gula macam ubi kayu rebus. 

Sayur keladi ni dikatakan juga sedap dimasak lemak, asam pedas tumis atau asam pedas rebus. Kebetulan, ada kawan yang belikan keladi telur untuk kami cuba. Jadi selain dimasak lauk, saya juga menyediakan pengat. 


Sayur keladi tu selepas bersih, direbus sekejap sehingga ubinya agak-agak empuk dan nak buang air gatalnya juga. Kalau masak lauk berkuah, kuah kena cair sedikit sebab ubi ni akan menyebabkan kuah jadi pekat. 

Jadi kalau ada yang belum pernah merasa ubi keladi telur, bolehlah cuba mencarinya di kedai kedai runcit atau mungkin juga di pasar pasar tani dan pasar malam. Barulah kita dapat merasai nikmatnya pelbagai tumbuhan yang ada di alam ini. 

Jom layan resepi di bawah ini. Selamat mencuba...



Pengat Keladi Telur
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
4 ketul keladi telur
1 cawan santan sederhana pekat
1 keping gula Melaka
1 sudu besar gula 
Secubit garam
2 helai daun pandan

Cara cara: 
Keladi yang siap dikupas dicuci bersih & potong sederhana tebal. Toskan.

Masukkan ubi keladi dalam periuk dan tambah air secukupnya. Rebus separuh lembut dengan sehelai daun pandan.

Masukkan gula Melaka, gula dan garam. Kemudian masukkan santan secukupnya. Setelah kuah mendidih, rasakan manisnya. Bila keladi dah lembut, bolehlah ditutup api.

Nota:
Keladi telur sangat cepat empuk berbanding keladi biasa, jadi rebus sekejap sahaja. 

1 ulasan for "Pengat Ubi Keladi Telur"