Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Cekodok Pisang Sedap Dan Bulat



Sejak saya makan cekodok di satu restoran, saya jadi kemaruk dengan cekodok pisang. Sedap sangat cekodok di sana. Kadang kadang minta Hubby pergi beli. Cuma yang saya tak suka, cekodoknya berminyak. saya terpaksa picit atas tisu sehingga habis minyak. Tapi kerana sedap, saya makan juga.

Sejak itu, saya jadi obssed setiap hari buat cekodok. Sebenarnya saya dari kecil makan cekodok yang leper. Kalau berekor pun lagi sedap kerana garing krup krap krup krap. Orang kampung, mana ada soda bikarbanat, mana ada tepung bagai bagai. Telur pun susah kerana telur tak dibeli, tak pernah beli. Ambil jer telur bila ayam bertelur.

Cuma kebelakangan, bila ramai yang mahu membuat cekodok berbentuk bulat, jadi saya pun terikut ikut. Bila bentuk bulat, biasanya mereka akan memasukkan sedikit soda bikarbanat dan teksturnya pun bukan lagi macam cekodok zaman dulu yang hanya menggunakan tepung gandum dan isi pisang. Isi cekodok sekarang dah gebu gebu ala kek pisang. 

Seorang follower saya Puan Faridah Abu, berkongsikan resepi yang beliau telah gunakan lebih 4 tahun. Bila saya guna, memang menjadilah bulatnya. Rasanya pun sedap. Saya menyukat menggunakan cawan untuk memudahkan follower saya yang lain menggunakan resepi ini. Maka jadilah sukatannya dalam cawan. 


Saya suka menggunakan pisang emas kalau untuk dibuat cekodok, bila tak ada pisang emas baru cuba pisang lain. Hmm sedap juga menggunakan pisang lain. Hahhaa itu sebabnya kita kena rajin bereksperimen dalam masakan. Tak boleh hanya kekal dengan satu cara sahaja kan.

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...  



Cekodok Pisang Sedap
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan:
630 gram pisang ranum (rastali atau pisang emas) - 3 cawan pisang lenyek 
350 gram tepung gandum - 3 cawan
150 gram gula pasir - ¾ cawan
¼ sudu kecil garam
1 sudu kecil soda bikarbonat
¼ cawan air - masuk sedikit sedikit, tak perlu dihabiskan

Cara cara:
Lenyek pisang sehingga hancur dan masukkan gula, garam dan soda bikarbonat. Kacau rata.


Kemudian masukkan tepung gandum dan dikacau rata. Perap selama 15 hingga 20 minit.

Panaskan minyak yang banyak dan jemput adunan menggunakan jari yang dibasahkan atau menggunakan 2 sudu. Nota: Sentiasa dikacau sambil ditekan tekan dengan belakang senduk supaya ianya terbentuk bulat. 


Goreng sehingga keperangan. Angkat dan tos.


1 ulasan for "Cekodok Pisang Sedap Dan Bulat"

  1. Saya suka resipi puan yang lama tu :( pakai mentega tu

    BalasPadam