Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Selamat Hari Jadi, Adik



Hari ini adalah hari jadi anakanda kami yang kedua, Nurnellisa Aikha. Dah lama saya tak kongsikan makan makan sempena hari jadi anak anak. Kenapa saya berkongsikan makan makan sempena hari jadi kali ini kerana ianya adalah istimewa untuk dikenang. 

Selain untuk menyambut harijadi ianya juga adalah kerana makan makan hari ini ditaja oleh Juita yang menerima gaji bulan pertama. Alhamdulillah.

Saya sangat sangat bersyukur kerana Juita mendapat pekerjaan di organisasi yang bagus. Semoga beliau dibimbing untuk berkhidmat dengan cemerlang. Saya percaya semua perlukan panduan dan tunjukajar kerana apa yang dipelajari di universiti tidak sama dengan apa yang akan ditempuhi di alam pekerjaan.

Saya berpesan supaya Juita pandai menguruskan kewangan dengan membuat simpanan dan pelaburan juga termasuk membayar zakat serta memberi sumbangan pada ibubapa bagi mendapat keberkatan. 

Saya juga gembira kerana Nellisa juga menunjukkan prestasi yang cemerlang di tempat beliau bekerja. Semoga dia terus cemerlang dan berdedikasi kepada tugasnya. Aameen. Selamat Hari Jadi Adik dan Terima Kasih, Baby. 


1 ulasan for "Selamat Hari Jadi, Adik"