Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Cili Api Ikan Talapia Salai



Pejam celik pejam celik hari ini kita telah pun berada di bulan Februari 2021. Bermakna sebulan telah berlalu. Tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. 

Menyebut pasal bulan Ramadhan ini, bolehlah follower saya beli buku resepi kedua saya Resepi Azie Kitchen Hebat Di Dapur yang sesuai untuk dijadikan rujukan di bulan Ramadhan dan juga untuk dimasak di pagi raya. Antaranya ialah nasi dagng Terengganu cara asli yang memudahkan persiapan memasak di pagi raya.

Nak tahu kenalah beli satu naskhah. Lagi pun buku seperti ini bila habis, dah tak ada lagi di mana mana kerana penerbitnya ialah saya sendiri. Koleksi buku resepi adalah koleksi kita yang kekal abadi. Yang boleh diperturunkan dari generasi ke generasi. 

Berbalik pada Ramadhan, saya tidak yakin Ramadhan kali ini akan kembali seperti Ramadhan tahun tahun sebelumnya. Saya rasa Covid 19 masih banyak walaupun adanya vaksin kerana ianya berlaku dengan pergerakan manusia dari satu tempat ke satu tempat. 

Apa apa pun, kita doakan yang terbaik. Saya berharap bila dah bersara, dapatlah saya berpuasa di tanah suci selama sebulan. Mudah mudahan saya diberikan kemudahan dan rezeki untuk menikmatinya. Sekarang kita masuk pula bab resepi hari ini iaitu Masak Lemak Cili Api ikan talapia salai.


Semasa saya nak memasak lauk masak lemak cili api, seorang follower saya menyapa selepas melihat saya hendak menyediakan ikan talapia. Lalu dicadangkan supaya saya menyalai dengan menggunakan oven. 

Selepas itu, katanya lagi kuah lemak ini sedap jika dibuat pekat pekat dan pedas sedikit. Jadi saya memang masak agak pekat dan pedas. Baru tidak terasa bau ikan sungai walaupun sebenarnya ikan ini tidak berbau tanah pun keran ia diternak dalam air kolam yang mengalir air anak bukit. 

Tapi tak pasti mengapa, saya tak berapa suka ikan sungai walaupun dari kecil makan ikan sungai. Saya suka makan ikan sungai hanya jika digoreng garing garing. Jika masak lemak, saya hanya makan ikan keli yang dimasak oleh arwah Bonda atau kakak saya sahaja. Kalau saya masak sendiri, pun saya tak berapa suka makan. Pelik kan. 


Masak Lemak Cili Api Ikan Talapia Salai 

Bahan bahan:
1 ekor ikan talapia
2-3 cawan santan
2 keping asam keping
Garam

Bahan kisar:
20-25 tangkai cili padi 
1-2 inci kunyit hidup 

Cara cara:
Ikan talapia dicuci bersih dan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian, bakar di dalam oven sehingga agak kekeringan. Angkat dan sedia untuk digunakan.




Masak bahan kisar di dalam kuali sehingga agak masak dan kering, baru dimasukkan sedikit air dan santan. 

Masak sehingga mendidih. Masukkan ikan salai, garam dan asam keping.

Masak dan biarkan kuah mendidih secara merenih. Bolehlah sesuaikan rasa dan tutup api.


Catat Ulasan for "Masak Lemak Cili Api Ikan Talapia Salai"