Kari Ketam Sedap
Saya memang tak boleh makan ketam atau apa apa makanan laut yang bercengkerang. Sejak beberapa tahun lepas saya telah disahkan allergi dengan makanan laut ini. Sedih lah juga sebab ini lah makanan kegemaran saya. Masa muda muda dulu, tak mampu nak makan makanan laut seperti ini.
Hari ini bila saya memasak pun, kerana saya teringin nak memasak kari ketam. Tapi saya memang tak makan. Saya hanya makan kuah sahaja. Fasa fasa dalam kehidupan memang dijadikan begini. Makan dah berkurang, tenaga berkurang. Semua orang jika tidak mati muda, pasti merasai perubahan pada tubuh samada fizikal dan juga dalaman.
Kita tidak boleh menahan dimamah usia, cuma boleh menjaga supaya tua dengan lebih sesuai usia. Jaga diri supaya sihat supaya dapat beribadah sehingga ke akhir hayat. Supaya dicerdaskan akal dan minda. Tak perlu untuk mengubah sana sini, cucuk sana sini. Sebab akan kelihatan pelik bila kita cuba mengubahnya. Semacam jer kulit tepi batang hidung
Sebaliknya bila berusia, kena banyak mengingati kematian. Kematian memang tidak mengenai tua muda, tapi apalagi yang telah tua kan. Kalau yang bertudung tapi masih memakai baju lengan pendek, telah boleh berubah. Kalau yang belum lagi berjinak jinak dengan Al Quran, bolehlah mulai mendekati al Quran. Orang yang paling bijak ialah orang yang banyak mengingati kematian dengan membuat amalan sebagai bekalan.
Berbanyak berbuat kebaikan dengan menolong orang lain dengan cara yang termampu. Tak perlu kedekut, apa lagi kalau sekadar ilmu yang tidak melibatkan kewangan pun. Ada orang nak berkongsi sesuatu maklumat pun tak mahu, takut orang lain lebih dari mereka. Sejak saya menjadi blogger ni, ramai juga yang saya jumpa orang seperti ini.
Sekarang masuk semula bab ketam, saya memang suka memasak kari ketam kerana kuahnya akan menjadi sangat sedap digaul dengan nasi putih panas atau dicicah dengan roti. Jadi walaupun tak dapat makan isi ketam, kuahnya sangat sedap. Bukan sahaja kari tapi kalau masak lemak ketam pun, kuahnya memang sangat sedap.
Ketam sekarang ini sangat mahal harganya, bukan murah murah. Kadang kadang lebih RM10 seekor. Itupun kalau nasib tak baik, ketam tak banyak isi.
Ya lah zaman sekarang semua mahal. Saya pernah beli ikan terubuk berat 2 kilo dengan harga lebih RM200. Ada juga rasa bersalah memikirkan dengan duit sebanyak itu, orang susah boleh membeli pelbagai bekalan makanan.
OK lah jom kita tengok cara saya menyediakan kari ketam pada hari ini. Selamat mencuba....
Kari Ketam Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
6 ekor ketam
1 biji bawang besar - kisar
1 sudu besar halba campur
2 tangkai daun kari
1 paket kecil serbuk kari ketam
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar asam jawa
2 cawan santan pekat
2 batang cili hijau
Garam
Bahan hiris:
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara cara:
Panaskan minyak masak yang agak banyak supaya rempah dapat ditumis dengan elok.
Masukkan halba campur dan bahan hiris sehingga naik bau dan bawang layu. Masukkan bawang kisar dan tumis sehingga terbit minyak.
Masukkan rempah kari dan serbuk cili dan kacau rata dengan pantas sehingga naik bau. Masukkan daun kari dan sedikit air. Kacau sehingga terbit minyak.
Ulang masuk air dan biarkan sehingga terbit minyak sekali lagi bagi memastikan rempah kari betul betul masak dan garing.
Setelah terbit minyak dan garing, masukkan air asam jawa. Kacau rata dan masukkan pula santan dan air secukupnya. Kacau rata sehingga mendidih.
Masukkan ketam dan biarkan sehingga ketam masak dan berubah warna. Saya tambah sedikit lagi santan pekat. Masak sehinga mendidih dan buih buih di dalam kuah hilang.
Akhir sekali, masukkan garam secukupnya dan lada hijau. Bolehlah ditutup api.
Sedapnya nampak, bolehlah cuba kalau beli ketam lepas ni ;)
BalasPadamNk buat hari niacam sedap jew....izin guna resepi ye...
BalasPadamSedapnya ..pertama Kali Nak try ...selalu masak lemak je
BalasPadam