Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kari Ikan Tenggiri Yang Sedap


Telah beberapa hari, saya sangat sangat terkesan mendengar berita keganasan warga Nigeria yang mencampakkan cucu tirinya dari tingkat 3 dan dia kemudiannya terjun dari tingkat sama dalam keadaan berbogel. Belum lagi hilang ngeri dengan kes bunuh jururawat di Hopsital Serdang yang juga disyaki dilakukan oleh warga Nigeria.

Nekad dan ganas sungguh bangsa ini. Tak pastilah kalau ada manusia yang sanggup berbuat demikian. Dikatakan puncanya kerana berang selepas gagal merogol anak tiri yang tidur di ruang tamu. Berani sungguh kerana berani cuba merogol di ruang tamu dengan isteri dan anak anak lain juga ada di rumah. 

Memang tak boleh nak bayangkan rumah apartment yang sempit seperti itu, dengan anak yang ramai, pastinya keadaan bersesak dan bila tidur boleh menimbulkan perasaan berahi di kalangan orang yang tidak kuat iman. Hatta kes bapa makan anak sendiri juga terjadi bila keadaan seperti ini. 

Tidak dapat dibayangkan bagaimana cemas dan kesedihan melihat anak kecil yang berumur 4 tahun di bunuh dengan cara yang kejam itu. Mungkin jodoh tetapi sukar untuk kita faham bagaimana ada warga tempatan yang mahu bernikah dengan warga Nigeria yang kebanyakannya ganas. Apa apa yang pasti anak kecil itu kini berada di tempat dan kehidupan yang lebih baik dari dunia ini. Sekarang kita masuk pula bab resepi.


Hari ini saya menyediakan kari ikan kerana terdapat stock ikan tenggiri dalam freezer. Lagi pulak semua bahan ada termasuklah kacang bendi. Kalau buat kari ikan atau asam pedas, kacang bendi ni dikira seperti wajib ada. Kalau tak ada, memang tak lengkaplah kari.

Kalau kari ikan, memang saya suka kuah yang terasa sedikit masam macam kari di kedai Mamak. Kari ini lagi lama dipanaskan lagi sedap. Kita sediakan kuahnya cair cair sedikit supaya bila sejuk, tidak terlalu pekat.

Selain dimakan dengan nasi putih, kari ikan sedap dicicah dengan roti canai atau roti putih. Masya Allah sedap. Lama juga saya belajar menyediakan kari kerana saya memang dibesarkan dengan tidak pernah makan kari ikan. Tidak pernah. Kalau ikan, hanya dimasak lemak, dimasak singgang , dibakar atau digoreng sahaja.   

Jom layan resepi di bawah ini. Jangan lupa untuk follow blog saya dengan klik follow. Jangan lupa juga untuk klik iklan yang keluar di blog saya. Selamat mencuba...



Kari Ikan Tenggiri

Bahan bahan:
1 ekor ikan tenggiri 
1 pek rempah kari ikan
¼ kg santan segar pekat - 1 cawan
1 sudu kecil pes asam jawa
1 sudu besar halba campur
1 sudu kecil serbuk cili
2 pelepah daun kari
8 tangkai kacang bendi
2 biji cili hijau
Garam

Bahan hiris:
6 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia 

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis halba campur dan bahan hiris sehingga bawang keperangan.


Masukkan serbuk kari dan kacau rata dengan pantas. Masukkan air dan kacau rata sehingga terbit minyak. Masukkan air lagi dan kacau lagi sehingga betul betul masak.


Masukkan sedikit garam dan pes asam jawa. Masukkan air dan masak lagi sehingga terbit minyak.

Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih. Masukkan ikan dan setelah mendidih besar, masukkan baki garam dan kacang bendi serta cili hijau. Sesuaikan rasa dan boleh tutup api.

2 ulasan for "Kari Ikan Tenggiri Yang Sedap"

  1. Sedapnya kari ikan tenggiri. ikan y jarang2 dapat makan. tp boleh ganti dgn ikan aya. suka baca blog kak azie n ikut resepi2 kak azie. hehe

    BalasPadam