Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Sebelah Goreng Berlado


Telah lama saya tidak mengemaskini dan update resepi di blog. Kadang kadang saya jadi hilang semangat untuk update kerana setiap kali saya update, jumlah mereka yang membaca entri baru sangat sedikit walaupun pelawat pada hari tersebut adalah tinggi.

Kenapa ini terjadi? Sebabnya kerana pembaca tidak klik follow blog saya atau dengan kata lain, tidak subscribe. Jadi mereka tidak menerima notification bila entri baru di siarkan dalam blog. 

Kadang kadang mood jadi ke laut dan tidak bersemangat. Memang lah banyak jer blog lain, yang berkongsi resepi. Kalau saya tak share resepi, pun masih ramai orang lain. Tapi ramai sahabat blogger saya dulu yang tidak lagi aktif ber blog. Mereka samada terus berhenti atau menumpukan kepada Instagram. 

Saya pernah berseloroh dengan sahabat saya yang dengan Instagram ramai mak mak, nenek nenek boleh jadi famous dan popular. Ambil gambar atau rakam video masakan dan share sahaja. Boleh dapat ramai follower. 

Tidak seperti blog yang perlukan menulis dan mengarang serta membuat edit pada gambar gambar sebelum di pos. Lebih banyak effort yang diperlukan untuk menghasilkan satu entri di blog. Tapi kecintaan saya masih pada blog. Ianya umpama diari tempat saya bercerita dan meluahkan rasa dan mencoretkan cerita suka dan duka.  

Apa apa pun tidak lama lagi kita akan menyambut tahun baru setelah menjalani tahun 2020 yang merupakan tahun Covid 19 yang bermula dengan penemuan Corona virus 2019 dalam bulan November. Semoga tahun 2021 akan memberikan ketenangan kepada semua warga muka bumi ini untuk bebas beribadah dan bebas bergerak seperti tahun tahun sebelumnya.


Sebagai melengkapkan entri resepi hari ini, saya kongsikan resepi mudah iaitu ikan sebelah goreng berlado. Saya memang suka goreng berlado sebab rasanya yang sedap dan menyediakannya juga sangat cepat dengan bahan bahan yang ringkas. 

Ikan sebelah pula terutama yang besar adalah merupakan ikan kegemaran saya. Isinya putih, sedap dengan rasa manis manis jika ikan masih segar.

Jom layan resepi di bawah ini. Jangan lupa klik iklan di blog saya juga supaya saya terus bersemangat untuk berkongsi lebih banyak resepi menarik di sini.



Ikan Sebelah Goreng Berlado
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ikan sebelah
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
¼-½ cawan minyak masak

Bahan kisar:
3-4 tangkai cili merah
3 tangkai cili padi merah
½ biji buah tomato
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak dan hilang bau cili mentah. 


Masukkan garam dan gula. Kacau rata. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng. Gaul rata. 

4 ulasan for "Ikan Sebelah Goreng Berlado"

  1. alah...jgnlah patah semangat. saya sentiasa mengikuti glog Azie. Ingatkan Azie tak nak berblog lagi sebab lama tak dengar berita lepas resepi bubur jagung tau....

    BalasPadam
  2. saya sentiasa tertunggu-tunggu entri baru pn azie... sy masih old school ni 😆

    BalasPadam
  3. saya masih setia dengan blog puan azie💕

    BalasPadam