Sambal Goreng Ikan Bilis Melaka Nostalgia Kolej Ketiga Universiti Malaya
Beberapa hari ini, saya agak stress sehingga kadang kadang terasa sesak, sakit dada dan rasa seperti hendak menangis. Nasib baik saya baru check jantung saya minggu lepas dan doktor kata ianya excellence. Tiada plague di saluran arteri.
Saya fikir saya akan mengalami keadaan stress sebegini hanya waktu bekerja kerana banyak projek dan tugasan yang perlu dibuat di dalam masa yang ditetapkan. Saya memang multi skilling, saya boleh buat beberapa kerja dalam satu masa. Saya boleh switch fokus saya untuk melihat satu memo kepada satu memo yang lain.
Hatta untuk aktiviti sosial sewaktu masih bekerja pun, saya boleh memasak di hari minggu, saya boleh update blog, boleh update Instagram, boleh update youtube, boleh lagi reply pada message yang dihantar follower. Semuanya saya lakukan sendiri. Tanpa bantuan sesiapa.
Saya uruskan sendiri 2 handphone, 1 ipad dan 1 lap top. Semuanya kerana saya memang rajin dan bersungguh sungguh serta sangat detail dalam apa jua yang saya buat. Kalau baca memo dan sebagainya, saya akan baca line by line. Jadi ketelitian dan fokus memang sangat perlu.
Begitu juga dengan projek buku kedua saya ini. Bila semuanya saya perlu pastikan ianya siap dan disiapkan dengan sempurna, adalah sesuatu yang sangat menyakitkan. Berbeza dengan pejabat kerana saya bekerja dengan staf bawahan saya yang memang sangat kenali kelebihan dan kekuatan mereka.
Projek buku kedua ini saya bekerja dengan orang lain yang baru saya kenali. Mereka juga mungkin mengalami masalah untuk memahami cara saya bekerja. Jadi agak mencabar dan saya perlu sentiasa menarik nafas panjang. Lagi pula, modal yang saya keluarkan untuk penerbitan buku ini bukan sedikit. OK setakat ini dahulu, saya harap semoga semua urusan dipermudahkan.
Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi mudah tapi perlu dipelajari oleh mereka yang tidak biasa dengan masakan ini. Apa resepinya? Haa resepi sambal goreng. Dulu semasa di kolej, sahabat saya Haryati akan membawa sambal goreng ikan bilis untuk dimakan bersama sama rakan rakan. Kami akan makan sambal ini dengan dicicah dengan roti.
Sejak itu saya memang selalu terkenangkan sambal ini. Namun selepas menamatkan pengajian, hubungan kami terputus sehingga lah baru baru ini, saya berjaya menghubungi anak beliau di facebook.
Sambal goreng ini saya gandingkan dengan cucur tepung gandum yang kosong. Sepatutnya kalau ikut Yati, cucur ni kosong sahaja, hanya letak garam tapi saya letak juga sedikit daun bawang supaya ada perisa.
Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa untuk klik follow blog saya supaya anda mendapat notifikasi bila ada entri baru. Juga jangan lupa utnuk klik iklan yang keluar di blog saya. Selamat mencuba...
Sambal Goreng Ikan Bilis Melaka
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
100 gram ikan bilis – goreng garing
2-3 sudu ikan bilis goreng garing - tumbuk halus
10 biji bawang merah - kisar
6 sudu besar cili kering kisar
Garam
Secubit Aji - opsyenal
Cara cara:
Goreng ikan bilis dengan api perlahan sehingga garing. Angkat, tos dan ketepikan. Ambil sedikit ikan bilis goreng tadi dan dikisar atau ditumbuk halus.
Panaskan minyak yang banyak dan tumis bawang kisar sehingga wangi dan terbit minyak. Masukkan cili kisar, ikan bilis kisar dan tumis sehingga cili benar benar masak dan garing dengan api perlahan. Kena pastikan api perlahan supaya sambal tidak hangit. Sambal akan bertukar warna gelap dan mudah hangit.
Masukkan sedikit garam dan aji. Sesuaikan rasa. Sejukkan sambal. Setelah sejuk, baru dimasukkan ikan bilis tadi dan ketepikan supaya minyak berlebihan akan bertakung.
Simpan dalam bekas kaca dan boleh tahan berbulan bulan di luar peti sejuk.
Nota:
Minyak berlebihan disimpan dan sangat sedap digunakan untuk menggoreng mee atau nasi.
kalau rasa macam nak stress, kena berehat atau bercutilah.
BalasPadamsesekali kena lupakan soal kerja/tugasan untuk lapangkan fikiran.
Terima kasih. Masalahnya skrg tak boleh nak ke mana mana dg PKPB
PadamAssalammualaikum..sambal ni mmg xguna gula ya?
BalasPadamWslm. Ya tak guna gula dan tak guna asam. Tapi kalau suka, boleh jer masukkan sedikit
PadamIkan bilis yg ditumbuk tu dimasukkan waktu bila ye
BalasPadamsekali dg cili kisar.
Padam