Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Cili Padi Lala Dengan Nenas



Kali ini saya ingin menyambung lagi bab kematian dari ceramah di youtube Ustaz Ahmad Dasuki sebelum ini di SINI. Seperti yang saya tulis sebelum ini, kita kena bersedia untuk menghadapi hari kematian supaya kita tahu detik apa yang sedang dilalui. Sakaratul maut adalah memberi makna mabuk di mana kita seperti orang sedang dalam keadaan mabuk. 

Jadi kita tidak dapat berfikir dengan betul dalam keadaan apa kita sekarang berada. Kesakitan apa yang akan dihadapi dan saat bagaimana kita akan lalui di alam barzah. Selain itu apa yang perlu kita jaga semasa hayat masih ada di dunia ini. 

Bila roh keluar sahaja dari jasad, ia akan masuk samada ke dalam bekas putih atau bekas hitam. Jika masuk dalam bekas putih, terus akan dibawa naik. Kalau bekas hitam yang berbau busuk akan di sumpah seranah oleh Malaikat. Roh berdiri di hadapan kepala jenazah masing masing. Roh nampak orang datang menziarah jenazah kita dan mendengar semua yang dicakapkan, rasa saat baju dibuka dan semuanya sehingga saat diusung ke kubur dan dimasukkan ke dalam kubur.

Belum pun lagi tanah menutupi, kita akan nampak dua malaikat. Tiada umat ku yang boleh lepas dari himpitan kubur. Bau tanah di hadapan kita. Bila tutup sahaja liang lahad, akan mendengar bunyi tanah turun. Semua yang mati memohon untuk hidup balik. Kalau boleh hidup balik, mereka hendak buat balik amalan soleh yang ditinggalkan semasa hidup dahulu. 

Ada 3 perkara yang orang mukmin mesti jaga bagi memastikan dapat menjawab soalan kubur dan kubur akan dilapang sejauh 70 hasta. Orang mukmin bila masuk dalam kubur, tak nak hidup balik. Kesakitan sakaratul maut terasa sehingga ke dalam kubur. 

Kenapa ada orang mukmin yang nak hidup balik? Jawapanya kerana mereka telah tidak memanafaatkan masa hidup dulu. Apa 3 perkara yang perlu kita jaga? 

Pertama, jaga keyakinan dengan Islam. Jadi Islam dalam semua keadaan. Jangan separuh separuh. Jangan teragak agak. Masuk semua sekali dalam Islam samada aktiviti ekonomi, politik, akademik dsb. Semua Allah ajar. Jangan mati kecuali kamu benar benar seorang muslim. Jangan campur dengan kehidupan liberal. Jangan ambil separuh Islam dan separuh lagi liberal, sebagai contoh.

Kedua, jaga ibadah dengan Allah. Jangan tertinggal walau 1 rakaat solat. Bila berusia, seseorang seharusnya berebut saf pertama di masjid. Bukan berebut saf di belakang. Menandakan kita bersedia untuk taat. Jaga solat berjemaah terutama Isyak dan Subuh, jaga solat malam. Orang lelaki yang tidak solat berjemaah adalah orang munafik. Baca Al Quran setiap hari. Diulang dan diulang. Jangan tak boleh baca Al Quran. Kalau tak boleh baca, confirm tak boleh lepas dalam kubur. Kalau tak lepas dalam kubur, macam mana nak masuk syurga. Ini syarat untuk selamat dalam kubur. 

Ketiga, perbanyakkan infaq dan bersedekah ke jalan agama. Jangan mengumpul harta dunia. Lagi berusia lagi banyak berinfaq. Kita akan jumpa balik apa yang kita infaq di akhirat nanti. Jangan simpan dan menyayangi harta orang lain lebih dari menyayangi harta sendiri. Tak ada harta sendiri untuk dibawa mengadap Allah. Siapa ajar supaya kita menyimpan untuk hari tua. Sedang bila mati, harta kita tinggalkan akan jadi milik orang lain. Ini yang kita menyesal. 

Seterusnya, tolong jaga akhlak. Jaga mulut. Jangan lagi bercakap bab dunia. Semakin berusia, semakin banyak mulut bercakap bab akhirat. Tanya anak anak, siapa yang nak solat jenazah kita. Dah siap ke kain kapan. Kita sangat memerlukan doa anak anak saat kita berada di alam barzah. Jangan putus silaturrahim. Kita akan menuai keberkatan saat kita dalam kubur. OK setakat ini dahulu, semoga ianya bermanafaat buat kita semua.


Hari ini saya ingin kongsikan resepi Masak Lemak Cili Padi Lal adengan Nenas. Saya guna separuh dari baki nenas yang diguna untuk Masak Lemak Cili Padi Udang dengan Nenas di SINI. Nenas ini pun sangat manis. Sambil memasak, sambil makan nenas seketul seketul juga habisnya. 

Memang sangat sedap lauk ini. Rasa nenas yang masam manis memang sangat sedap. Rasa pula kuah yang lemak dan pedas digaul dengan nasi panas memang menambah selera.

Jom layan resepi di bawah ini. Jangan lupa subscribe Azie Kitchen Youtube Channel di SINI untuk video penyediaannya.  Selamat mencuba...


Masak Lemak Cili Padi Lala Dengan Nenas

Bahan bahan:
1 kg Lala
¼ kg santan segar + air 
½ biji nenas 
1 sudu kecil garam 
½ sudu kecil serbuk kunyit
1 batang serai - ketuk
1 helai daun kunyit
¼ cawan minyak masak

Bahan tumbuk:
20 tangkai cili padi - ikut pedas
1 inci kunyit hidup hidup
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah

Cara cara:
Bahan atas ditumbuk kasar atau kisar. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, serai dengan daun kunyit sehingga baik bau. Masukkan lala. 



Bila kulit lala bertukar warna, masukkan santan dan kacau hingga mendidih. 

Masukkan nenas dan garam. Setelah nenas hampir lembut, tutup api. 




1 ulasan for "Masak Lemak Cili Padi Lala Dengan Nenas"