Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Bayam Goreng



Semalam kerajaan telah mengumunkan bahawa PKPB akan dilanjutkan sehingga penghujung Disember. Ia juga dilaksanakan di beberapa negeri lain kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis.

Saya sangat kasihan melihat mereka yang bekerja sendiri. Yang makan gaji tak apa lah, boleh kerja dari rumah. Alaa bila kerja dari rumah tu, bukannya 8 jam bekerja pun. Lebih relax lah. 

Semalam kami keluar makan di Kelab Shah Alam, memang pelanggan tidak ramai. Bila business slow, kesian melihat anak anak yang bekerja di situ. Ya lah kalau business tak dapat bertahan, mesti mereka juga kehilangan kerja. 

Selain itu, anak anak yang baru menamatkan pengajian juga, susah untuk mendapat pekerjaan. Yang mana mana dah patut pencen tu, bolehlah pencen, bagi peluang kat anak anak muda pula untuk mendapat peluang pekerjaan. 


Kalau sebelum ini, saya kongsikan resepi sambal belacan ala Fasha Sanda. kali ini saya kongsikan satu lagi gandingan lauk yang beliau kerap masak iaitu Sayur Bayam Goreng. Lauk kampung yang mudah mudah tapi nampak sangat menyelerakan. 

Kalau sayur bayam, memang saya suka masak yang simple simple jer, baru terasa keenakan bayamnya. Paling paling pun, saya akan masak lemak putih.

Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba. 



Sayur Bayam Goreng

Bahan bahan:
1 ikat sayur bayam
½ batang karot
½ mangkuk udang
3 sudu besar minyak masak
½ sudu kecil garam

Bahan tumbuk:
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan karot dan batang bayam. Kacau rata agak agak separuh lembut. 


Masukkan udang dan kacau rata sehingga udang masak. Masukkan sedikit air. 

Akhir sekali masukkan daun bayam. Kacau rata. Bila bayam lembut, tutup api.


1 ulasan for "Bayam Goreng"