Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap



Kita hanya memerlukan sejenak untuk melihat kehidupan dan persekitaran di keliling kita. Dalam dunia ini, apa yang dikejar hanya lah wang. Bekerja kerana ingin mendapatkan wang. Buat business juga kerana wang. Menipu, berbohong, mencuri, merompak juga kerana wang. Makan rasuah dan pecah amanah juga kerana wang. Selain wang, manusia juga mengejarkan kuasa, pangkat dan darjat.

Walaupun ada yang menulis wang bukan segala galanya tetapi segala galanya memerlukan wang. Yang miskin mencari wang untuk kehidupan. Yang kaya perlukan lebih wang untuk mendapat lebih kekayaan. 

Memang wang adalah sesuatu yang perlu. Untuk belajar memerlukan wang, untuk bersedekah juga memerlukan wang. Tapi kita kena guna wang untuk menjadi jambatan untuk kita ke syurga. Sesungguhnya harta, wang adalah perhiasan dunia semata mata. Ianya tidak akan memberi apa apa manafaat jika tidak digunakan ke jalan Allah. 

Jadi jangan lah kerana mengejar wang sehingga kita menjadi kedekut untuk membantu orang lain. Apa yang nak dibimbangkan, Allah telah menjamin rezeki setiap orang. Rezeki kita, tidak akan menjadi rezeki orang lain. Begitu juga sebaliknya. Jom sekarang kita sentuh pula berkenaan resepi. 

Selain sayur bayam goreng di SINI dan sambal belacan di SINI, Fasha Sanda juga kerapa menyediakan ayam masak kicap. Cuma saya tak pasti kalau beliau ada memasukkan cili kering kisar. Sebab biasanya lauk untuk hidangan anak anak beliau. 


Saya pasti ramai anak anak sukakan ayam masak kicap. Mungkin rasa kicap yang manis dan masin sedap bila digaul dengan nasi. Jika suka lebih berkuah, masukkan sedikit air supaya berkuah. 

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa juga video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....



Ayam Masak Kicap

Bahan bahan:
½ ekor ayam 
½ sudu besar cili kering kisar
4 sudu besar kicap manis
1 biji bawang besar Holland
1 tangkai cili hijau
½ sudu kecil garam 

Bahan tumbuk:
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
½ inci halia

Cara cara:
Ayam dilumur garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sekadar masak. Jangan garing. Angkat. 

Menggunakan sedikit minyak menggoreng ayam dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan cili kering kisar. Kacau rata sehingga cili garing. 

Masukkan kicap dan sedikit air. Kacau sehingga kuah pekat melekit. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan sedikit garam, jika belum cukup rasa masin. 

Masukkan bawang besar dan cili. Kacau rata sehingga bawang layu dan bolehlah ditutup api.


Catat Ulasan for "Ayam Masak Kicap Mudah Dan Sedap"