Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sup Ikan Jenahak


Sebelum mula, nak tanya dah klik follow blog Azie Kitchen ke belum. Klik follow di butang bawah kalau guna handphone. Kalau guna desktop, butang icon sebelah kanan. Follow lah, baru dapat notifikasi resepi baru. Blog saya bukan sahaja pasal resepi tapi juga ada bab percutian, bab keluarga dsb. Haa jangan lupa sekali untuk klik iklan yang keluar. Jangan takut takut pula nak klik. Insya Allah selamat. Hari ni nak berkisah bab rumahtangga bahagia.

Saya tidak pasti dengan orang lain tapi saat yang paling mengembirakan dalam hidup saya ialah ketika di alam percintaan. Setiap masa kita akan kemas dan sentiasa menjaga penampilan. Sentiasa merindui dan bila dapat mendengar suara, hati berbunga kebahagiaan. Maklum masa tu, tiada lagi handphone yang boleh hantar hantar whatsapp. Banyak jer topik yang disembangkan. Masalah pun tak ada ketika itu. 

Tapi bila berkahwin, macam macam masalah yang datang terutama jika kita tidak berasal dari orang berada. Semua nak perlu guna duit untuk memulakan kehidupan. Semasa kami berkahwin, kereta pun tak ada. Yang pertama dibuat ialah membeli kereta. Gaji lulusan ijazah ketika itu, tidak besar mana. 

Cabaran bagi sesebuah perkahwinan ialah untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga sehingga ke akhir nyawa. Bila tanggungjawab semakin besar seperti perbelanjaan meningkat kerana anak anak yang ramai atau perbelanjaan meningkat, pastinya boleh menambah stress dan sedikit sebanyak menggugat kebahagiaan rumah tangga. 

Belum lagi masuk gangguan orang ketiga yang sentiasa mencari peluang untuk menumpang terutama bila kita mulai merasa senang. Dari luar, orang ketiga ini memikirkan si suami yang mampu segala tanpa menyedari bahawa si isteri juga memberi sumbangan yang besar pada ekonomi rumahtangga. 

Percayalah tidak ada rumahtangga yang sempurna. Yang ada ialah pengorbanan perasaan sahaja. Jangan ikutkan hati yang marah dan tidak puashati. Kena belajar bertolak ansur. Sabar sahaja dengan karenah pasangan. 

Kadang kadang terpaksa memendam perasaan demi untuk mempertahankan rumahtangga. Api tidak boleh ditemukan dengan api. Bila api menyala, berubah untuk menukar diri menjadi air. Insya Allah sejuk dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.


Ikan jenahak dibeli dari Kuala Selangor melalui personal shopper. Tapi saya agak tidak berpuashati kerana harganya agak mahal dan saiz ikannya juga kecil. Mungkin juga harga ikan tinggi kerana sekarang di bawah PKPB di mana untuk rentas kawasan perlu mendapat surat kebenaran. OK boleh diterima.

Tapi ikan tenggiri yang dibeli juga tak nampak menarik seperti mana ikan tenggiri yang dibeli di pasar Taman Tun di mana ikan kelihatan isinya pejal diletak dalam plastik dan dibalut dengan surat khabar. Jadi alah membeli menang memakai adalah terpakai buat saya dalam membeli barangan basah di dapur. Saya sanggup bayar mahal untuk ikan dan barangan yang segar.

Kalau ikan jenahak atau ikan merah yang ada bahagian kepala, memang saya suka memasak sup. Bukan sahaja mudah, bahan bahan ringkas tapi rasanya sangat sedap. Kalau makan di kedai, memang lah mahal. Sedang kalau dimasak sendiri, sekejap jer dah siap. 

Jom layan resepi yagn saya gunakan hari ini. Video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...



Sup Ikan Jenahak

Bahan bahan:
1 ekor ikan jenahak
1 kayu manis, 2 bunga lawang
1 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar
1 liter air
Garam
Daun sup
3-4 sudu besar minyak masak

Bahan hiris:
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang dan semua bahan hiris sehingga berwarna keperangan.

Masukkan air dan biarkan mendidih, masukkan lada hitam dan garam.

Masukkan ikan dan biarkan sehingga ikan masak. Akhir sekali, masukkan daun sup. Sesuaikan rasa dan boleh tutup api. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.


Nota:
Jika suka, boleh perah sedikit air limau nipis.


3 ulasan for "Sup Ikan Jenahak"

  1. Sedapnyer
    Selamat menjamu selera

    BalasPadam
  2. Apa saya nk buat kalau saya dh tersilap buat dari awal... 😭😭😭 maafkan saya mak, abah... Buruk sgt rupanyaaaa😭😭😭🔫

    BalasPadam
  3. Tunggu ikan masak tu mcm mana? Api biar kecil/sederhana/besar?

    BalasPadam