Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Masak Kicap Yang Mudah



Sebelum kita berceloteh bab masakan, apa kata saya memohon anda yang menyalin resepi di sini untuk klik iklan yang keluar di blog saya. Ianya sebagai tanda sokongan kerana seperti yang anda tahu, sumber pendapatan blogger adalah dari iklan yang disiarkan. 

Ramai yang ingat, bila masuk ke blog ini sahaja, kami akan mendapat bayaran. Tidak begitu. Hanya bagi yang klik iklan sahaja, baru blogger mendapat bayaran. Dapat beberapa sen untuk satu klik. Bukan lah beringgit atau berpuluh ringgit pun tapi cukup sekadar untuk memberi semangat untuk terus ber blog. OK cukup setakat ini dahulu.

Memasak masa perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) ni cuma guna apa apa yang ada dalam peti ais jer. Kalau tak ada satu dua bahan tu, kira ok lah. Tak menjejaskan rasa pun. Jadi tak perlu lah sebab nak cari lengkuas, pun nak kena gi cari di kedai runcit kan. Itu contoh sahaja. 

Saya percaya ramai anak anak yang suka dengan masakan yang menggunakan kicap. Tapi tidak dengan saya. Dari kecil sehingga sekarang pun, saya tak berapa lah gemar. Kalau lauk yang menggunakan kicap yang saya suka ialah telur mata yang dimakan dengan kicap dan sos cili serta bawang merah yang dihiris. Makan gitu gitu jer dengan nasi putih panas panas.


Bukan nak memuji diri sendiri tapi lauk ayam masak kicap saya hari ini sangat sedap. Bau nya wangi sahaja. Kalau masak kicap, memang saya suka guna kicap lemak manis. Ada rasa lemak lemak dan manis gitu. 

Ini kira masak kicap yang paling basic. Kalau nak letak kulit kayu manis ke atau sertai ke, itu semua dah kira macam kosmetik. Boleh jer. Tapi kadang kadang yang paling simple tu yang lebih sedap.  

Anak anak saya makan menambah nambah dan berulang ulang. Itu yang hati rasa seronok bila apa yang dimasak dimakan dan disukai anak anak. Jom lah cuba masak ayam masak kicap guna resepi dan cara saya ini. Cara biasa biasa jer tapi bagi yang baru belajar memasak, pastinya akan dapat membantu kan?

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...



Ayam Masak Kicap

Bahan bahan:
½ ekor ayam ayam 
1 biji bawang besar - hiris
¼ cawan Kicap jalen kuning lemak manis
½ cawan air 
Garam

Bahan tumbuk:
½ biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar cili kering 

Cara cara:
Ayam dilumur dengan garam dan serbuk kunyit dan kemudian digoreng sekadar masak sahaja. Jangan garing kerana mahu ayam yang masih juicy.

Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan sedikit keperangan. Masukkan bawang besar, kicap dan sedikit air. Kacau rata.


Masukkan ayam yang digoreng, kacau rata supaya ayam sebati dengan kuah. 

Masak sehingga kuah pekat dan melekit. Boleh tambah garam, jika perlu. Boleh tutup api.




2 ulasan for "Ayam Masak Kicap Yang Mudah"

  1. wah ni mudah nak buat. boleh la buat esok ni

    BalasPadam
  2. nampak simple n menarik. insyaallah cuba harini

    BalasPadam