Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rahsia Inti Kuih Koci Yang Cantik dan Sedap


Tak susah pun untuk menyediakan inti kuih koci yang sedap. Manisnya semua orang boleh buat ikut citarasa masing masing. Pendek kata semua orang boleh buat. 

Sebelum kita citer lanjut bab inti kuih koci dan rahsianya, meh kita citer bab lain dulu. Hmm kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan berita meninggalnya ramai orang yang masih muda. Antaranya ialah bekas pembantu peribadi Dato Aliff Syukri. 

Saya tak pasti dengan orang lain, tapi saya setiap kali membaca berita seperti ini, akan terasa insaf. Semua orang tahu setiap yang hidup pasti merasai mati. Cuma bila, itu yang menjadi rahsia. Yang penting bagi insan yang masih hidup ialah membuat bekalan untuk persediaan selepas mati. Perbanyakkan amalan dan sedekah jariah. 

Sebagai manusia, pengakhiran lah yang paling baik. Jangan berbangga andai sekarang anda diberikan petunjuk ke jalan kebaikan. Jangan memandang rendah pada orang lain yang nampak seperti jahil. Hadis riwayat Al Bukhari (3036) dan Muslim (2643) antaranya menyebut sesungguhnya antara kamu ada yang melakukan amalan ahli syurga sehingga jarak antara dirinya dan syurga tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, lalu dia melakukan amalan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam neraka, Sesungguhnya antara kamu ada yang melakukan amalan ahli neraka hingga jarak antaranya dengan neraka tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan amalan ahli syurga maka masuklah dia ke dalam syurga. Semoga menjadi peringatan buat saya dan kita semua.

Teringat bait bait lagu Selimut Putih yang satu masa dulu menakutkan bila kita mendengarnya. Lagu ini jika dihayati boleh mengingatkan diri kita. Telah tiba waktunya untuk kita perkemaskan rukun Islam kita. 

Islam dibina atas 5 perkara iaitu bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad utusan Allah, mendiirikan solat, menunaikan zakat, melaksanakan Haji dan berpuasa di bulan Ramadhan. Islam merupakan agama yang sempurna. Ia tidak menerima sebarang pengurangan dan penambahan. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW bersabda, "Islam dibina". Sesungguhnya Islam telah dibina dan telah sempurna binaannya.


OK sekarang kita masuk semula bab inti kuih koci. Ada rahsia untuk menjadikan inti kuih koci lebih cantik. Nak tahu? Haa kalau nak tahu, kenalah baca sampai habis.  

Inti kelapa ini boleh digunakan untuk pelbagai jenis kuih seperti kuih koci, kuih badak berendam, kuih tepung bungkus, kuih ketayap dan macam macam kuih yang menggunakan inti kelapa.

Saya memang suka mencuba pelbagai resepi. Sukatan bahan yang berbeza memberi rasa yang berbeza. Saya akan cuba dan cuba sehingga apa yang terhasil bukan sahaja sedap tapi cantik. Baru lah puashati saya. 

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. 



Inti Kuih Yang Sedap
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan Inti:
2 biji kelapa parut muda - 450 gram
400 gram gula putih
200 gram gula merah
1-2 sudu kecil kicap pekat - utk warna
1 sudu kecil garam
400 ml air
4-5 sudu besar tepung gandum

Cara cara:
Masak gula, air, kicap dan daun pandan sehingga mendidih, baru masukkan kelapa parut. 


Kacau kelapa dan air gula atas api perlahan sehingga hampir kering.


Bila ditolak inti dengan senduk, kelihatan sedikit berbuih buih di dasar kuali, menandakan inti hampir kering.


Masukkan tepung gandum dan kacau rata supaya inti jadi lebih kental. Tutup api dan biarkan sejuk. Boleh dimasukkan dalam peti sejuk seketika untuk cepat sejuk dan mudah dibentuk.


Ambil inti seberat 10 gram dan bulat bulatkan. Kemudian disimpan semula dalam peti sejuk untuk mudah dimasukkan dalam doh badak berendam atau kuih koci atau apa apa kuih yang disukai. 


Nota:
Lebihan inti boleh disimpan di dalam freezer untuk kegunaan di masa hadapan.


Catat Ulasan for "Rahsia Inti Kuih Koci Yang Cantik dan Sedap"