Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

JJCM Selatan Day 1



Ini adalah program JJCM alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya yang keempat. Yang pertama JJCM Utara, kedua JJCM Bangkok, ketiga JJCM Pantai Timur dan kali ini ke selatan pula. 

Program JJCM Pantai Timur berakhir 2 hari sebelum kerajaan mengumumkan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa pada 18 Mac 2020. Selepas PKP dilonggarkan kami memulakan perancangan untuk JJCM yang diadakan dari 20 hingga 22 Ogos 2020. 

Kami menaiki bas dari rumah Dato Setia Salehuddin di Seksyen 7 Shah Alam. Oleh kerana masih ada SOP yang perlu diperhatikan, kami memilih tempat makan yang tidak sibuk dan tidak bergaul dengan ramai pelanggan lain. Jadi sarapan kami di adakan di taman rumah Dato Setia Salehuddin. 


Kami bertolak dalam pukul 9.30 dan menuju ke Hotel MITC Melaka untuk makan tengahari. Bilik makan kami juga di buat di tempat khas, bukan di restoran yang hanya kami sahaja. Di sini, Datin Nik Junainah dan Dr Sabariah bersama pasangan masing masing menunggu. 

Kami kemudian bertolak ke Johor dan singgah di Puteri Harbour untuk minum petang. Sebelum ke kedai makan, kami berjalan jalan di tepi Puteri Harbour sambil bergambar kenangan. 



Kemudian kami berjalan menuju ke kedai makan yang menjual pau goreng yang sangat sedap. Pau yang gebu dan halus mulus dicicah dengan kuah ala ala kari tapi bukan macam kari biasa.


Dari situ, kami terus ke Hotel Forest City Phoenix untuk urusan pendaftaran masuk. Selepas menunaikan solat, kami turun untuk berjalan jalan di tepian pantai sambail bergambar kenangan. 


Saya naik lebih awal kerana mahu bersiap untuk makan malam di rumah Dato Aisom dan Datin Dr Mazmin. Makan malam di rumah mereka dengan lauk pauk yang sangat sedap, terutama asam pedas ikan sehingga saya menambah lauk untuk meratah begitu sahaja. 


Setakat ini dahulu untuk catatan perjalanan hari pertama. Nantikan sambungannya di SINI

1 ulasan for "JJCM Selatan Day 1"

  1. Assalam, Kak Azie..
    wahhh, JJCM ke selatan ke..
    sy rasa, tempat Kak Azie makan pau goreng tu, mungkin Singgah Selalu, dulu famous kat JB ni sebelum dia berpindah ke area Puteri Habour

    BalasPadam