Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Teresek Jantung Pisang Dengan Ayam Kampung


Saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang berkenaan Risalah Qusyairiyah bab 5 siri 47 Sariy As Saqathi bahagian 2. Saya suka dengan siri kata kata hikmah tokoh tokoh sufi ini yang sangat membantu kita menjalani kehidupan. 

Antara kata mutiara beliau ialah kesabaran paling tinggi ialah melalui usia tua. Melihat anak anak meninggalkan kita. Orang yang mengembirakan kita meninggalkan kita seorang demi seorang. Hilang rambut, hilang sendi. Tapi masih sabar dan istiqamah dalam ibadah. Bukan senang untuk sabar di usia tua berbanding usia muda. Tak mampu nak gagah bila Allah uji dengan usia. 

Tokoh kali ini bagi 3 nasihat jalan ringkas menuju ke syurga. Antara nasihat beliau 3 akhlak orang berbakti. Orang beriman berperwatakan seperti malaikat dalam ibadah. Jiwa kemalaikatan dalam ibadah. Ingin dekat dengan syurga, jalan paling ringkas ialah dengan bersungguh dalam ibadah sehingga tak ada waktu kosong. 

Manusia juga boleh lalai dan berjiwa syaitan dengan langgar perintah Allah. Binatang banyak makan, banyak tidur. Manusia yang membiarkan syahwat dah jadi jiwa kebinatangan. Kita perlu menahan tidur kerana banyak mudarat. Ini jiwa manusia. 

3 tanda pertama menjaga segala fardhu, menjauhi perkara haram dan meninggal segala kecuaian. Ini akhlak orang beribadah sifat malaikat. Jaga solat, tempat, waktu dan pakaian. Ambil wudhu dengan sempurna, lakukan solat berjemaah. 

Kedua, bukan sahaja meninggalkan yang haram bahkan menjauhi. Seperti majlis annual dinner, yang ada di dalamnya perkara maksiat. Dok meja arak tapi saya tak minum arak. Benda berkait dengan arak dilaknat. Nabi kata tak beriman seseorang yang dok dalam majlis yang adanya arak dalam hidangannya walaupun dia tak minum. Menu dalam annual dinner ada arak. Jauhi bukan sekadar tak buat. 

Ketiga, meninggalkan kecuaian gaflah. Buat lupa. Kita tengok orang mati tapi lupa ambil pengajaran. Tapi benda dunia, kita ingat pula. Kalau makan benda ni, nanti kena kanser. Jadi kita tak makan. Kita jauhinya kerana takut mendapat kanser. Bila lihat kematian dek kerana sifat sombong, kita tak jadikannya pengajaran, itu gaflah. Elak bercakap besar kufur nikmah. Orang tak ambil pengajaran adalah gaflah. 

3 perkara untuk mendapat redha Allah. Untuk naik lagi satu tingkatan, kena buat 3 benda. Banyakkan istighfar. Mesti merendah diri dan tawadduk, baru akan dapat redha Allah. 

Ketiga, perbanyakkan akhlak baik. Manusia engkari akhlak buruk. Akhlak baik diterima semua termasuk binatang. Contoh bagi makan binatang. Unta bila orang buat baik, dia akan peluk. Binatang pun faham akhlak. Kita ada akal. Akhlak kena baik. Buang akhlak pemarah, kedekut,  cepat naik tangan. 

3 perkara Allah murka. Pertama, suka main, banyak bermain. Main hukumnya harus. Tapi bila terlalu banyak sehingga lupa tugas dan tanggungjawab. Guru kalau anak murid banyak main, akan suruh keluar kelas sebab nak murid serius. Semua pemain ada waktu pencen. Jangan pencen waktu kalah. Jadi legend, pencen waktu masih di atas. 

Hakikat bermain, kena berhenti bila sampai masa. Tak boleh terus main. Kena ada masa bersama isteri dan anak. Dengan umur tua, masih lagi main sehingga cedera. Dalam ibadah tak pernah cedera. Rasulullah bengkak kaki kerana banyaknya solat. Kita bengkak kaki kerana banyak bermain. 

Kedua, Allah murka orang yang kuat bergurau. Hak agama pun jadi gurauan. Jangan bergurau hak agama. Begitu juga bab dosa pahala. Contoh jelas sukan renang haram bagi wanita. Agama rosak bila orang mula bergurau dengan agama. Gurau boleh menyebabkan kufur. Kerana ianya perintah Allah dan Rasul. Kedua, jangan menghina orang dalam bergurau. Jangan jatuhkan air muka orang. Jangan sampai malu dia. Malu mak ayah dia. Dah mak ayah dia bagi nama lawa tiba orang panggil dengan nama gendut. 

Itu dah sampai tahap menghina. Mungkin dia ok tapi bagaimana mak ayah, anak dan isteri menerima gurauan terhadap anak dia. Jadi bila bergurau, jangan melampau. Ketiga, jauhi fizikal dalam bergurau. Jangan tolak orang. Ada kes kerana ditolak jatuh dan dilanggar lori. Boleh bawa mati. Buat kejutan Happy birthday dengan ikat kat tiang. Tak boleh gurauan yang menakutkan orang. Gurauan menakutkan adalah zalim. Contoh prank anak kena culik. Jangan hilangkan maruah orang. 

Ketiga, Allah murka orang suka mengumpat dengan tujuan merendah, Dia sedang buka aib sendiri. Sesiapa cari keaiban orang Islam, Allah akan buka aib dia. Setiap umpatan kembali pada kita. Allah yang buka. Allah tahu semua rahsia kita. Benda tak ada manafaat jangan campur. 

Ke10 kebaikan pada semuanya sentiasa berprasangka baik pada Allah. Rezeki belum ada. Tak sesuai untuk kita dapat rezeki banyak. Hari ini belum dapat apa kita nak. Wasangka baik. Allah tak bagi pada kita kerana setiap pemberian dunia ada ujian dan fitnah. Orang kaya mungkin penyebab jadi sombong dan terputus silaturrahim serta lupa Allah. 

Allah dah bagi macam macam tapi kita pandang apa yang kita tak ada. Kita lupa yang kita diberi anak anak yang sihat. Alhamdulillah. Walaupun anak tak lulus cemerlang. Tak minat belajar. Mungkin dia minat benda lain. Yang penting, nikmat kesihatan. Sentiasa wasangka baik dengan Allah. 

Allah bagi sihat walaupun rezeki tak banyak. Lihat nikmat yang lain. Umur panjang. Ada best student tapi habis universiti, meninggal. Jadi jangan cemburu kelebihan orang lain. Semua manusia yang sentiasa ingat Allah, adalah manusia yang cerdik. 

Peperiksaan bukan penilaian mutlak. Bukan aras samada orang tu cerdik. Cerdik tapi kena scam. Scam bila dia lalai dengan dunia. Orang yang cerdik sentiasa muhasabah diri. Dan buat persiapan untuk kembali pada Allah. Semua makhluk akan mati. Itu pasti. Buat persiapan apa yang kita akan bawa untuk mengadap Allah. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. 


Saya salin masa masak kenduri Hari Raya Haji di rumah Kak Nah pada 31 Julai 2020. Dah lama sangat. Tapi saya tetap ingin abadikan resipi ini di blog saya. Ini adalah kerana teresek adalah masakan “rare” sekarang di majlis kenduri di Kelantan. 

Kalau masa saya kecil dulu dulu, di majlis kawin atau majlis kenduri pasti ada teresek kacang panjang atau teresek jantung pisang. Teringinnya rindunya nak makan teresek ni. Nak buat sendiri, tak berapa rajin. Tunggu bila ada kacang panjang, saya akan buat teresek kacang panjang untuk makan seorang. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...



Teresek Jantung Pisang
Oleh: Azie Kitchen

3 ekor ayam kampung 
7 biji jantung pisang
8 sudu besar rempah kari
3 keping besar gula nisse 
2 kg santan pekat
8 sudu besar gula - tambah lagi 3 sudu besar, jika perlu 
Garam secukupnya
Cili kisar secukup pedas yang disukai
2-3 keping asam keping 
¼ biji kelapa - dibuat. kerisik

Bahan kisar:
1 labu bawang putih - 8-10 ulas
1 ½ kg bawang merah
5 inci kunyit hidup
3 inci lengkuas
3 sudu besar ketumbar biji

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan bahan kari. Masukkan ayam. Masak hingga terbit minyak. 


Masukkan gula, garam dan asam keping. Tuangkan santan dan kacau rata. 


Masukkan jantung pisang dan cili hiris. Masukkan kerisik. Masak sehingga hampir kering. 


Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas. 



Catat Ulasan for "Teresek Jantung Pisang Dengan Ayam Kampung"