Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Belacan Kelantan Versi Kakak Yang Serious Sedap

Sambal Belacan Kelantan Versi Kakak Yang Serious Sedap

Sekarang blog saya dah lama tak ber update. Agak sibuk dengan projek buku kedua dan merupakan buku sulung keluaran saya sendiri. Insya Allah buku ini akan memberikan lebih kegembiraan untuk pembelinya. 

Semua resepi dipilih oleh saya sendiri. Buku ini sesuai untuk semua golongan dari anak anak yang baru belajar di dapur, wanita yang baru berumahtangga, mereka yang ingin memulakan perniagaan makanan dan yang mahu memasak untuk keluarga. 

Kesibukan ini yang menjadikan mood untuk update blog agak ke laut. Hari ini saya gagahkan diri untuk kongsikan resepi sambal belacan yang sangat sedap ini. Lepas baca, jangan lupa untuk klik iklan yang ada di sini tau.

Setiap kali kenduri atau makan makan di rumah keluarga kami, Kak Yah yang akan bertanggungjawab menyediakan sambal belacan. Ketika arwah Mak Su kami masih ada, beliau yang akan diminta oleh Bonda untuk menyediakan sambal belacan. Kini tugas tersebut diambil alih oleh Kak Yah. 

Sambal Belacan Kelantan Versi Kakak Yang Serious Sedap

Semasa balik untuk majlis korban di rumah kakak pada hari raya kedua Raja Haji baru baru ini, Kak Yah telah menyediakan sambal. Sebaik masuk ke dapur, saya membuka tudung saji dah terbau keenakan sambalnya. 

Kak Yah menyediakan sambal dalam jumlah yang banyak untuk hidangan lebih 50 orang. Saya nak buat sedikit sahaja, jadi saya kurangkan bahan bahannya sesuai untuk jumlah yang sedikit. 

Serious sedap, memang sedap. Lebih lebih lagi digandingkan dengan masakan berkuah lemak seperti kuah kerutuk, masak lemak putih atau apa apa masak lemak. 

Hahaha sebelum ini, rumah saya memang jarang ada sambal belacan kerana tiada orang lain yang suka. Jadi saya agak malas sedikit untuk menyediakan untuk seorang walaupun sambal ini tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk. 

Tapi kerana teringat ingat sambal belacan Kak Yah, saya gagahkan juga menyediakannya. Dapatlah sebekas botol kecil. 

Jom sama sama cuba menyediakannya sendiri di rumah. Kena cuba adjustlah sendiri. Jumlah gula lebih kepada untuk mengimbangi rasa pedas. Kalau cili tak pedas, tak perlulah masukkan gula dengan banyak. Selamat mencuba...


Sambal Belacan Kelantan Versi Kakak Yang Serious Sedap

Sambal Belacan Kelantan kak Yah
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan A:
2 biji bawang merah 
1 ulas bawang putih 
½ inci belacan - 15 gram

Bahan B:
3 tangkai cili merah 
30 tangkai cili api hijau
2 sudu besar cuka
10 biji limau kasturi - 40 gram jus
6 sudu besar gula pasir
2 sudu kecil garam
½ biji kulit limau kasturi - buang biji
Sedikit ajino moto - opsyenal

Cara cara:
Bakar bahan A di atas api sehingga wangi. 

Sambal Belacan Kelantan Versi Kakak Yang Serious Sedap

Sambal Belacan Kelantan Versi Kakak Yang Serious Sedap

Kemudian kisar bersama jus limau kasturi dan cuka sehingga lumat. Nota: jangan masukkan air.

Masukkan cili. Kisar kasar secara sekejap sekejap (pulse). Masukkan sedikit dahulu garam dan gula.

Akhir sekali masukkan limau kasturi dan kisar sekali atau 2 pulse sahaja. Sesuaikan rasa dan masukkan garam dan gula secukupnya.


Sambal Belacan Kelantan Versi Kakak Yang Serious Sedap

Nota:

Sambal saya hari ini tersangat pedas, jadi saya menambah gula dan garam bagi mengimbangi rasa pedas. Jika cili tidak pedas, mungkin 4-5 sudu besar sudah mencukupi. 


Sambal Belacan Kelantan Versi Kakak Yang Serious Sedap

Sambal ini tahan walaupun beberapa hari berada di bawah tudung saji sahaja. 


Jika tidak mahu terlalu pedas, boleh ditambah cili merah dan dikurangkan cili padi.

4 ulasan for "Sambal Belacan Kelantan Versi Kakak Yang Serious Sedap"

  1. Sedapnya. Masak simple2 je cukup dah kalau sambal dah sedap...


    https://eracorner.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. sedap ni mesti cuba.selalu buat sambal belacan, hanya belacan yg di bakar.ini bawang di bakar sekali.bakar dgn kulit atau di buang kulit dahulu?

    BalasPadam
  3. Terimakasih untuk artikel menarik. Jemput singgah di blog saya juga. izwacoway.com

    BalasPadam
  4. Sedapnya! Nanti nak cuba. TQ kak azie

    BalasPadam