Soto Ayam Di Hari Raya Kedua
Telah lama teringin untuk menyediakan Soto Ayam. Maklumlah soto ayam yang dibeli di kedai jarang yang memenuhi selera saya. Kebiasaannya musim perayaan sebegini, soto senang ditemui di majlis majlis rumah terbuka.
Tetapi tahun ini raya PKP, tiada rumah terbuka dibenarkan. Jadi mahu atau tidak, terpaksa menyediakannya sendiri di rumah. Lagi pula, inilah masa terbaik untuk menyediakan masakan yang renyah kerana ramai orang di rumah yang boleh makan. Saya katakan renyah kerana banyak bahan sampingan yang terpaksa disedia untuk melengkapkan hidangan soto.
Kalau anda salah seorang follower Azie Kitchen, pasti anda tahu yang saya menpunyai signature recipe untuk soto yang telah saya gunakan lebih 30 tahun lamanya. Boleh klik di SINI.
Saya juga pernah menyediakan soto madura di SINI menggunakan daging. Kali ini saya menggunakan soto yang diubahsuai dengan dimasukkan buah keras bagi menambah rasa lemak pada soto.

Sangat sedap soto saya hari ini. Lebih lebih lagi bila dimakan beramai ramai. Siap sahaja, terus dihidangkan. Sekali makan terus licin. Ingat boleh makan ulangan di sebelah petang. Hampa. Memang kalau di hari raya kedua, orang mula mencari makanan lain selain dari ketupat, lemang dan rendang.
Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...
Soto Ayam
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ayam
2 inci lengkuas - ketuk
1 sudu kecil lada putih - tumbuk halus
3-4 helai daun salam
½ mangkuk santan
1 kiub pati ayam
Garam
Bahan kisar:
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1-2 inci kunyit hidup
2 inci halia
Bahan lain:
Begedil
Sambal kicap
Mee hoon - goreng
Mee hoon - goreng
Daun sup
Daun bawang
Taugeh
Kacang tanah goreng
Kacang tanah goreng
Bawang goreng
Cara cara:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga sedikit masak. Masukkan daun salam, serai dan lengkuas.
Masukkan air secukupnya untuk dijadikan kuah soto. Masak sehingga mendidih sebelum dimasukkan ayam. Biarkan seketika sehingga agak agak ayam masak. Setelah ayam masak, keluarkan ayam dan ketepikan.
Masukkan kiub pati ayam dan garam secukupnya.
Masukkan santan dan kacau rata.
Ayam yang dikeluarkan dari kuah sup, digoreng seketika dan dicarik carik kasar.
Bahan bahan lain untuk dihidangkan dengan soto ayam ialah begedil, mee hoon goreng, sayuran seperti taugeh, daun bawang, daun sup, bawang goreng dan sambal kicap.
Sambal Kicap
Cili padi
Bawang putih
Kicap
Gula
Limau nipis
Catat Ulasan for "Soto Ayam Di Hari Raya Kedua"
Add your comment