Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Hoon Goreng Daun Limau Purut Kesukaan Anak Anak

Mee Hoon Goreng Daun Limau Purut Kesukaan Anak Anak

Hari ini adalah hari kedua kerja kerja menukar tile di rumah kami serta beberapa kerja repair lagi yang dilakukan. Memang kena berkurung dalam bilik sahaja kerana habuk merata ke tingkat atas.

Pagi pagi lagi hari telah hujan dengan lebat. Selepas hujan reda, kami keluar ke pejabat Tanah dan Galian Selangor Daerah Petaling untuk mendapatkan bil cukai tanah terkini. Saya balik terlena sekejap sebab terkilan dengan guard yang menjaga pintu masuk di situ kerana saya tidak dapat menggunakan scan handphone. 

Dia boleh membebel saya katanya praktis ini telah lebih sebulan dipakai dan semua orang perlu ikut peraturan. Persoalannya saya juga ikut peraturan cuma saya memilih untuk menulis maklumat dalam buku pendaftaran masuk. Bukan menggunakan scan di handphone. 

Memang saya tidak berniat untuk membesar besarkan tapi saya merasa sangat terkilan. Kalau pun terpaksa melakukan kerja kerja tambahan, tak perlu kot untuk menunjuk perangai kurang sopan pada pelanggan. OK lah sekarang kita masuk pula bab masakan. Hari ini saya ingin kongsikan mengenai mee hoon goreng daun limau purut.

Mee Hoon Goreng Daun Limau Purut Kesukaan Anak Anak

Nak tanya, siapa pernah cuba menyediakan mee hoon goreng daun limau purut ini? Memang telah banyak kali, saya kongsikan resepinya di blog ini. Kalau belum, saya cadangkan anda mencuba resepi mee hoon goreng kegemaran kami sekeluarga. Malahan tetamu yang datang ke rumah dan dihidangkan dengan mee hoon ini juga, memuji keenakannya. Rasa dan bau ala ala tom yam kerana penggunaan daun limau purut yang memang sinonim dengan tom yam.

Bahan bahan yang digunakan sangat simple dan mudah didapati di dalam peti ais rumah. Karot dan kubis dimasukkan bagi menambahkan khasiat kepada hidangan sahaja. Ianya adalah opsyenal. Jika tidak dimasukkan pun, masih sedap. Daun limau purut mungkin boleh dipetik di belakang rumah jika anda menpunyai pokok limau purut. Menyediakannya pun sangat cepat dan mudah. Dan yang paling penting, ianya sedaaap.

Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini. Jangan lupa melihat cara penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Mee Hoon Goreng Daun Limau Purut Kesukaan Anak Anak

Mee Hoon Goreng Daun Limau Purut

Bahan bahan:
1 bungkus mee hoon vercimelli Jati
1 mangkuk udang
Karot - opsyenal
Kubis - opsyenal
3 biji telur
Garam

Bahan kisar:
3 tangkai cili hijau
3 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi
½ biji bawang besar
15-20 helai daun limau purut - buang tulang

Cara cara:
Kisar cili cili dan bawang besar sehingga hancur. Masukkan daun limau purut dan kisar jangan terlalu halus supaya masih ada daun limau purut.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan udang dan kacau rata. Masukkan karot dan kacau sehingga lembut. Masukkan kubis dan kacau rata lagi.

Ketepikan semua bahan dan masukkan telur. Setelah telur hampir mengeras, baru dikacau rata. Masukkan sedikit garam. 

Masukkan mee hoon yang telah direndam lembut. Kacau rata. Masukkan garam secukupnya. 

Mee Hoon Goreng Daun Limau Purut Kesukaan Anak Anak

Sebelum dihidangkan, tabur daun bawang dan bawang goreng.

2 ulasan for "Mee Hoon Goreng Daun Limau Purut Kesukaan Anak Anak "

  1. Slm. Suka video akk yg ada suara.. Hihi.. Dh bnyk sy cuba resepi akk, mmg menjadi! Tq kak azie, keep it up!

    BalasPadam
  2. Resepi dari Azie Kitchen memang menjadi...saya yang tak berapa pandai memasak ni pun...dah rajin memasak..sebab bahan2 yang Azie Kitchen guna mudah dan tak banyak rencah...tapi kelazatan tetap terjamin...teruskan usaha membantu golongan tak rajin ke dapur
    seperti kami ini Puan.

    BalasPadam