Kuih Bawang Sedap
Sebenarnya telah lama saya tak ke dapur, sejak Hubby buat renovation di rumah kami. Walaupun ditutup dengan plastik tapi rumah tetap berhabuk. Hampir 3 minggu juga, dari 3 June sehingga 20 June.
Jadi sepanjang tempoh tersebut, kami hanya order makanan. Maklumlah nak ke dapur pun terpaksa keluar dari pintu utama rumah, lalu kot taman dan masuk melalui pintu tepi dry kitchen.
Semalam, Nana mula menghantar Ammar Yahya ke rumah kami untuk membiasakan beliau sebelum mula bersekolah semula minggu hadapan. Sejak covid 19, Ammar belum lagi ke sekolah walaupun sekolah telah dibuka seperti biasa.
Ammar sekarang semakin keletah. Semua benda dan barang hendak disentuh dan diambil. Seingat saya, anak lelaki saya Hafez dan Aween masa kecil pun tidak seperti Ammar. Jadi sementara Ros ada di rumah, dia telah menemani saya di dapur.

Hari ini saya ingin kongsikan resepi kuih bawang yang memang sangat sedap. Kalau biasanya kuih bawang atau kerepek bawang kita berbentuk bulat menpunyai 2 warna. Kali ini kita membuat bentuk petak. Sebenarnya boleh jer nak buat bentuk apa sekali pun, tetap namanya kuih bawang.
Sangat sedap makan begitu sahaja dengan rasa daun sup yang wangi. Sambil menggoreng, sambil saya mengunyah ngunyah. Haa boleh bayangkan tak? Mestilah sedap, rangup dan wangi. Cuba lah buat sendiri di rumah. Hidangkan untuk famili. Walaupun boleh dibeli tapi kita lebih seronok bila suami dan anak anak makan kudapan hasil air tangan sendiri.
Jom layan resepi di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....
Jom layan resepi di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....
Kuih Bawang
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
500 gram tepung gandum
5 biji bawang merah
20 gram mentega
130 gram santan
1 biji telur
½ sudu kecil garam halus
5 batang daun sup
5 batang daun sup
Cara cara:
Satukan semua bahan dan gaul rata. Kemudian diuli sehingga adunan lembut.
Adunan dicanai nipis dan bolehlah dipotong mengikut yang disukai.
Oh mudah je rupanya :D
BalasPadam