JJCM Pantai Timur V Malam di Kota Bharu
Kali ini saya ingin kongsikan jalan jalan dan makan makan malam di bandar Kota Bharu. Kami berkumpul di lobi hotel pukul 8 malam untuk makan malam di Restoran Kengsom yang dipilih oleh Datin Nik Junainah yang juga berasal dari Kota Bharu. Sebenarnya restoran ini terletak tidak jauh dari hotel kami iaitu Hotel Perdana.
Masakan ala Thai yang dihidangkan di sini juga semuanya sedap sedap. Lauk utama yang dipesan ialah ikan siakap kengsom. Kengsom ini ialah masakan seperti singgang Thailand. Orang ramai memenuhi ruang restoran sehingga agak membataskan pergerakan kerana meja yang disusun agak rapat.
Rasa cuak juga di dalam hati melihat orang ramai di restoran. Tapi ketika itu, kes covid 19 belum begitu banyak. Hanya 3 orang pesakit dalam negara yang ketika itu dirawat di bawah alat ventilator.
Rasa cuak juga di dalam hati melihat orang ramai di restoran. Tapi ketika itu, kes covid 19 belum begitu banyak. Hanya 3 orang pesakit dalam negara yang ketika itu dirawat di bawah alat ventilator.
Selepas makan kami singgah minum kopi di Kopitiam White House Coffee. Melihatkan ramainya orang, kami berhajat hanya untuk singgah membeli serikaya atau dipanggil juga sangkaya untuk dibawa balik. Seri kaya hanya dihadkan kepada 2 sahaja bagi setiap orang. Jadi beratur untuk membelinya juga sangat panjang.
Sementara menunggu rakan rakan beratur, kami duduk bila terdapat meja kosong. Jadi alang alang kami terus memesan kopi dan roti bakar. Ketika itu, memang ada rasa cuak juga di dalam hati kerana kedudukan antara satu meja dengan meja lain yang agak rapat.

Biasalah sambil minum, kami bersembang sembang dan saling usik mengusik sehingga riuh rendah juga suasana. Itulah keinstimewaan group kami yang memang sangat rapat dan mesra seperti adik beradik.
Selesai minum, kami menaiki bas untuk balik ke hotel. Sebelah malamnya, kami mula melakukan packing supaya tidak kelam kabut di sebelah paginya. Sehingga kita bertemu di entri hari terakhir program JJCM Pantai Timur.

seronok tengok, meriah!
BalasPadam