Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

JJCM Pantai Timur Part III Persinggahan Di Kuala Terengganu


Sampai di Restoran Mat Binjai Kuala Terengganu. Pelbagai lauk pauk kampung yang ditaja oleh Dato Wan Nazari. Masya Allah terlalu banyak lauk pauk sehingga tak tahu apa yang hendak dimakan. Lauk pauknya sedap sedap belaka terutama untuk orang Pantai Timur seperti saya. 




Selesai makan kami kemudiannya di bawa masjid untuk menunaikan solat sebelum di bawa ke Pasar Payang. Saya ingin mencari periuk tembaga tapi sebab tiada saiz yang sesuai, kami tak jadi membelinya. Hanya beli beberapa acuan kuih ros yang dibuat dari tembaga.

Kami kemudian keluar dari dalam pasar Payang kerana orang ramai dan bersesak sesak. Kamu berjalan keluar ke hadapan Pasar Payang dan singgah makan durian tembaga di gerai yang terletak di hadapan pintu masuk pasar payang. 

Selesai makan kami masuk semula mencari besan kami Dato Setia Salehuddin dan isteri bershopping.  Selesai mereka membeli belah, kami kemudian sekali lagi pergi ke gerai menjual durian tembaga. Kali ini Khairi dan Mai ikut sekali singgah makan durian. 


Selepas makan dan geng lain selesai membeli belah, kami berjalan ke tempat bas dan terus bertolak ke kota Bharu. Hasrat untuk singgah makan ikan celup tepung di Pantai Teluk Ketapang terpaksa dilupakan kerana semua telah kekenyangan. 

Oleh kerana hari telah malam, kami menukar plan dan terus ke Cafe Hostel Pantai di Pantai Cinta Berahi untuk makan malam. Di sini pun orang sangat ramai tapi nasib baik kerana kami disediakan bilik khas. 




Oleh kerana semua telah kepenatan dan makanan yang dipesan dah pun sejuk, semua seperti tidak berapa berselera makan. Selepas makan, kami terus ke Hotel Perdana untuk mendaftar masuk. 


Setakat ini dahulu, sehingga kita berjumpa lagi di entri berikutnya aktiviti kami di Kelantan. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.


Catat Ulasan for "JJCM Pantai Timur Part III Persinggahan Di Kuala Terengganu"