Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

JJCM Pantai Timur Part II di Swiss Garden Kuantan


Pagi hari kedua kami turun bersarapan agak awal di cafe hotel. Tujuannya ialah untuk membuat surprise birthday meraikan hari jadi Dr Abdul Aziz Sahat. 

Lagi pulak, pihak hotel telah menyediakan ruang khas untuk kumpulan kami. Jadi lebih memudahkan untuk kami kerana tidak perlu bercampur dengan pelanggan hotel yang lain. 




Selepas makan, kami bersembang sembang sambil menikmati kek hari jadi. Kalau dah berkumpul ramai ramai, suasana menjadi riuh rendah juga.


Pukul 9.00 pagi kami berkumpul di lobi hotel utnuk meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Sebelum naik bas, masing masing tidak mahu melepaskan peluang bergambar di jambatan di hadapan hotel yang sangat cantik. 

Seperti biasa, bergilir gilir bergambar dengan pasangan sebelum mengambil gambar secara berkumpulan. Inilah yang seronok dengan group kami kerana masing masing sporting bila diajak bergambar. 

Saya memang tidak suka bila ada yang susah untuk bergambar.  Beginilah caranya untuk mengekalkan persahabatan. Cuba memahami kesukaan masing masing. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.



2 ulasan for "JJCM Pantai Timur Part II di Swiss Garden Kuantan"