Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Ketam

Masak Lemak Ketam

Saya meminta Hubby mencari kerang kerana Aween request untuk makan sambal kerang. Tapi kerang tak ada. Nelly yang pergi kedai runcit, membeli 6 ekor ketam yang bersaiz agak besar. Tak lah nampak fresh tapi OK lah. Memang zaman PKP ni agak susah untuk menemui ikan atau makanan laut yang betul betul segar.

Masa berbuka puasa, baru saya tahu harga 6 ekor ketam tersebut adalah RM90. Terkejut sat. Sebenarnya saya dah lama tak ke pasar membeli barang basah. Hatta sebelum PKP pun. Jadi saya tak tahu lah harga barang begitu mahal. Aduhaai rasa tercekik nak telan. Syukur kerana kami diberi rezeki dan nikmat untuk merasai keenakan makanan seperti ini. 

Terfikir macam mana lah orang orang yang bergaji kecil atau orang yang baru hendak memulakan kehidupan. Pasti tidak mampu. Seperti kami ketika baru membina kehidupan dulu, tak mampu nak makan makanan mahal mahal. Hari hari beli ikan gelama jer. Itu jer ikan yang paling murah. 

Masak Lemak Ketam

Saya terusik bila mendengar rakan sekolah saya memberitahu golongan yang sangat susah di kampung kampung ketika ini terutama sejak pelaksanaan PKP. Walaupun ada bantuan, tapi mungkin tidak mencukupi. Saya tidak pernah melihat sendiri atau mengenali sendiri golongan yang sangat miskin seperti yang diberitahu. 

Manusia sama sahaja. Jika kita ingin menikmati makanan yang lazat, pasti mereka juga menpunyai keinginan yang sama. Jadi sempena bulan Ramadhan ini yang mana kita sedang menjalani PKP, sama samalah kita bersedekah. Sesungguhnya sedekah akan menyuburkan lagi rezeki kita. Ianya membersih duit kita. Sedekah adalah investment kita untuk diri kita di akhirat kelak. 

Sebelum melihat resepi, saya hanya ingin berkisah sedikit bab udang atau ketam. Jika memasak kedua dua lauk ini, saya suka masakan yang simple supaya kita dapat menikmati rasa udang atau ketam tanpa dihilangkan oleh rasa rempah ratus. Jadi jika berkuah, saya akan membuat masak lemak sahaja. Yang penting suami dan anak anak suka, mereka makan sambil meratah ratah isi ketam. 

Jom layan resepi di bawah ini. Selamat mencuba... 


Masak Lemak Ketam
Masak Lemak Ketam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
6 ekor ketam
500 gram santan segar
2 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 helai daun kunyit
5-6 tangkai cili api - hiasan
Garam

Bahan kisar:
3 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang merah - sederhana besar

Cara cara:
Masak bahan kisar dan serai dengan sedikit air sedikit hampir masak. Masukkan santan dan kacau rata.


Masak Lemak Ketam

Masukkan ketam dan kacau rata. 
Setelah mendidih masukkan asam keping, daun kunyit dan garam secukup rasa. 


Masak Lemak Ketam

Setelah ketam masak, bolehlah ditutup api. Tabur cili padi hijau untuk hiasan.


Masak Lemak Ketam




3 ulasan for "Masak Lemak Ketam"

  1. Mahalnya harga ketam sekarang.

    BalasPadam
  2. wahhh...sedapnya,jom support kami pulak di Emily-channel.com

    BalasPadam
  3. mahalnya harga ketam..rezeki sentiasa ada..saya tetap follow resepi kak azie...mmg best....

    BalasPadam