Kuih Tepung Pelita
Hajat asal untuk menyediakan kuih tepung pelita ini dalam bekas plastik dadih yang kecil kecil. Senang nak makan, ambil satu seorang.
Memang tidak bercadang untuk membuat bekas dengan daun pisang pun. Tak kuasa saya untuk membuatnya. Saya di dapur sorang sorang. Tiada pembantu rumah. Semua harus dibuat sendiri.
Tapi bila Hubby ke kedai untuk membeli bekas plastik, dikatakan orang beratur di hadapan Bake With Yen terlalu panjang kerana hanya beberapa orang sahaja boleh berada dalam kedai dalam satu satu masa. Penjarakan sosial adalah salah satu langkah yang disyaratkan pada peniaga peniaga untuk memutuskan rantaian virus covid 19.
Jadi mahu tak mahu terpaksa lah saya menggunakan bekas plastik besar untuk kuih tepung pelita saya hari ini. Itu pun bekas yang recycle. Tak apa lah dalam bekas macam mana pun. Yang penting kuih menjadi dengan sedap. Klik entri sebelum ini di SINI.
Kuih tepung pelita kalau yang saya ingat, ada sedikit berkuah air gula di bahagian bawah sekali. Lapisan hijau pula lembut lembut, tidak keras dan lapisan putih juga lembut lembut gitu dengan rasa lemak masin. Kalau cukup rasa dan kriteria ini, barulah rasa seperti makan kuih tepung pelita asli.
Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....
Kuih Tepung Pelita
Oleh: Azie Kitchen
Lapisan Hijau:
1 cawan tepung beras
1 sudu besar air kapur makan
4 cawan air daun pandan
Sedikit pewarna hijau
Sedikit pewarna hijau
Cara cara:
Kisar 4-5 helai daun pandan untuk dijadikan air daun pandan secukupnya. Satukan kesemua bahan untuk lapisan hijau. Masak di atas di dapur sambil dikacau dengan whisk sehingga sedikit pekat.
Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih.
Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih.
Masukkan daun pisang ke dalam bekas plastik. Isikan 1-2 sudu besar gula di atas daun pisang. Kemudian dituangkan lapisan hijau.
Kukus selama 15 minit. Setelah masak, tuangkan pula adunan lapisan atas di atasnya. Nota: jika suka, boleh juga ditabur gula di atas lapisan hijau sebelum dituang lapisan santan.
Lapisan Santan
2 ½ cawan santan segar
½ cawan tepung beras
½ sudu kecil garam
Cara cara;
Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau sehingga kelihatan sedikit pekat. Tuang ke atas lapisan hijau tadi dan kukus dalam 10 minit.
Setelah hampir masak, angkat penutup pengukus dan biarkan beberapa minit tanpa penutup bagi mengeringkan air di permukaan kuih tepung pelita. Bolehlah angkat dan disejukkan.
Licin elok ja kat atas...kalau saya buat walaupun dah balut dgn kain kat penutup...dia jadi berbukit pula...kenapa agaknya
BalasPadamBetul ke 1sudu besar kapur makan?kt YouTube sedikit kapur makan
BalasPadam1 sudu makan air kapur...bukan kapurnya..
BalasPadam