Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Daging Masak Black Pepper Yang Mudah Dan Sedap

Daging Masak Black Pepper Yang Mudah Dan Sedap

Saya menyediakan daging masak black pepper ini menggunakan periuk noxxa. Sangat cepat jer disediakan. Untuk mengeringkannya, saya guna setting Stir Fry. Daging pun elok lembutnya. Sebelum Nana balik, daging dah siap dan dimasukkan dalam bekas untuk dia bawa balik sebagai lauk berbuka. 

Pada saya, sangat berbaloi untuk semua wanita melabur dengan periuk noxxa. Masa saya masih bekerja, saya cuma menggunakan periuk ini untuk memasak atau merebus daging atau tulang yang memang memakan masa untuk empuk. Tapi kini, saya menggunakan juga untuk memasak seperti menyediakan kari ayam, merebus telur, membuat bubur kacang, membuat ketupat sotong dan banyak lagi.

Teringat seorang sahabat saya, katanya dia hanya memasak menggunakan periuk tekanan jer sekarang ni. Di rumahnya ada 3 periuk tekanan yang digunakan jika perlu memasak secara serentak. Saya hanya ada satu tapi saya membeli 2 inner pot untuk digilirkan. 

Hahaha ini bukan iklan periuk tekanan tau. Ini adalah perkongsian bagaimana untuk kita memudahkan kerja memasak di dapur supaya kita tidak berlama lama di dapur. Jadi berpeluh berminyak muka di dapur. Kena juga dok di ruang tamu, berwangi wangi dan berhias. 

Daging Masak Black Pepper Yang Mudah Dan Sedap

Alhamdulillah anak anak saya suka dengan lauk ini, Walaupun memasak di bulan puasa, rasanya secukup rasa. Saya akan menanya sorang sorang, OK tak rasanya. Bila mereka kata OK, dan saya catatkan sukatan penggunaan bahan bahan.

Jika suka sedikit berkuah, jangan dikeringkan sangat. Kami suka yang sedikit sahaja basah basah seperti ini. Jika anda menpunyai stock daging dalam peti ais, bolehlah cuba resepi ini. Mudah dan sedap.

Jom layan resepi di bawah ini. Jangan lupa melihat video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba... 


Daging Masak Black Pepper Yang Mudah Dan Sedap

Daging Masak Black Pepper

Bahan bahan:
1 kg daging 
4 ulas bawang putih 
4-5 biji bawang merah
1 inci halia

Bahan sos:
2 sudu besar serbuk lada hitam
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap lemak manis
3 sudu besar sos cili
½ sudu besar gula
½ sudu kecil garam
½ cawan air

Bahan hiasan:
Daun bawang
2 batang cili hijau
4 tangkai cili padi merah
1 biji bawang besar Holland

Cara cara:
Panaskan minyak dalam periuk Noxxa dengan setting Stir Fry. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia hiris sehingga wangi. 

Masukkan bahan bahan sos iaitu sos tiram, kicap dan serbuk lada hitam. Kacau rata. Masukkan sedikit air. Kacau rata lagi. 

Masukkan daging dan kacau rata. Tukar setting kepada Meat selama 22 minit. Pastikan tombol ada pada kedudukan pressure. 

Setelah cukup masa, tukar pada setting stir fry untuk mengeringkannya. Masukkan sos cili, garam dan sedikit gula. Kacau lagi. 

Daging Masak Black Pepper Yang Mudah Dan Sedap

Setelah hampir kering, masukkan bahan bahan hiasan. Bolehlah ditutup api. 

Daging Masak Black Pepper Yang Mudah Dan Sedap



Catat Ulasan for "Daging Masak Black Pepper Yang Mudah Dan Sedap"