Biskut Cornflakes Yang Paling Sedap
Hmm tak lama lagi kita akan menyambut Raya, walaupun beraya dalam Perintah kawalan Pergerakan, di mana tiada solat raya seperti biasa, raya tetap raya. Raya kerana meraikan kemenangan kita berpuasa menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa di siang hari selama sebulan. Kita raikan kemenangan ini.
Ada yang tulis di ruangan komen di Instagram saya, raya bukan ada orang datang pun PKP ni. Sebenarnya kalau pun orang tak datang, kita masih boleh beraya sesama kita kerana kita tahu yang anak anak kita juga stay at home.
Anak saya Juita pun sekarang sedang menjalani kuarantin selama 14 hari sebaik tiba dari Manchester. Jadi Insya Allah, raya kali ini semua anak anak ada. Doakan semoga kita dijauhkan dari virus covid 19 yang sehingga kini belum menpunyai vaksin atau penawawarnya.
Pagi ini tersentuh hati bila mendengar video pemandu van jenazah berkongsi tentang beliau membawa jenazah yang positif covid 19. Bukan sahaja keluarga terdekat tidak dapat berada dalam tempat duduk belakang van jenazah tapi di kubur juga mereka diri jauh.
Apa lah lagi nak melihat dan mencium jenazah. Mahu kah kita berada dalam situasi seperti itu? Jika tidak mahu, kena sama sama putuskan rantaian covid 19 supaya Malaysia dan dunia dapat menghapuskan pandemik covid 19 ini.
Walaupun kehidupan selepas covid 19 tidak lagi sama sekurangnya kita menjalani normal kehidupan yang baru. Sama sama praktiskan penjarakan sosial, kerap membasuh tangan dan menutup mulut dan hidung dengan mask walaupun di hari raya nanti. Aameen.

Saya memang dah lama tak menyediakan cookies sendiri. Tapi kali ini, sebab Perintah Kawalan Pergerakan, banyak masa di rumah. Jadi saya menyediakan cornflakes cookies menggunakan corn flakes dari Nestle.
Serious sangat enak dengan baunya yang harum semerbak sebaik dikeluarkan dari oven. Kami makan sekejap jer licin satu adunan. Kemudian buat lagi dan lagi. Jadi memang tak rugi jika anda mencubanya.
Terpulang jika ingin membuat saiz besar atau saiz comel comel. Dua dua saya dah cuba. Untuk saiz besar, dapat 16 biji dan untuk yang kecil boleh dapat antara 36-40 biji. Cuma bila saiz kecil, sekali ngap jer masuk mulut, terus boleh kunyah krup krap krup krap.

Apa kata sebelum raya ni, anda boleh cuba sediakannya dulu untuk dimakan malam samada waktu berbuka puasa atau untuk dimakan makan selepas berbuka. Jika suka rasanya, boleh sediakan pula untuk hidangan keluarga di pagi raya.
Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....

Oleh: Azie Kitchen
16 biji saiz besar/40 biji saiz kecil
Bahan bahan:
130 gram tepung gandum
125 gram mentega
1 biji telur
80 gram gula kaster
70 gram emping jagung Nestle
1 sudu kecil esen vanilla
Cara cara:
Putar mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan esen vanilla dan putar lagi sehingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di kaup balik.
Tuang emping jagung dan kacau rata.
Sudukan dan bentukkan mengikut bentuk yang disukai. Susuan atas parchement paper dengan dijarakkan.
Panaskan oven dan bakar dengan suhu 170C selama 30- 40 minit bergantung pada saiz atau sehingga kuning keemasan.
Nota:
Saiz besar dapat 16 biji dan saiz kecil dapat 40 biji.

Assalamualaikum kak azie,
BalasPadamKalau kecik tu, kecik mcm mane? Kecik size scoop buah ke atau besar size scoop aiskrim ke..
wslm. Ikut masing masing jer. saya cubit dengan tangan jer, bila masak jadi besar juga.
PadamSalam,
BalasPadamkak azie, nak tanya kalau nak beli pengukus untuk size loyang 9X9 size pengukus berapa cm yang sesuai ya?
kak azie kalau x letak telur xpe x?
BalasPadam