Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tumis Telur Puyuh Yang Sedap

Sambal Tumis Telur Puyuh Yang Sedap

Hari ini ialah hari ke 24 negara melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP). Sekarang kita berada dalam fasa kedua. Hari ini juga Perdana Menteri telah mengumumkan pelanjutan tempoh PKP sehingga 28 April 2020. 

Ini bermakna PKP akan berakhir selepas beberapa hari umat Islam menyambut Ramadhan. Kedua, saya akan bersara dalam perkhidmatan dalam PKP. Oleh kerana saya bercuti beberapa hari sebelum PKP dilaksanakan, saya tidak sempat pun untuk mengemas barang barang peribadi saya di pejabat. Selepas tamat PKP, baru saya akan ke pejabat untuk mengemas barang barang dan berjumpa dengan rakan rakan sepejabat.

Berkenaan dengan Ramadhan, tahun ini tahun pertama saya akan menjalani ibadah puasa secara sepenuh masa di rumah. Hajat hati untuk berbuka dan bersolat terawih di surau. Kalau Ramadhan yang lepas lepas, saya mengurangkan aktiviti di dapur. Tapi kali ini, saya tiada pilihan kerana tiada bazar Ramadhan, bererti saya kena memasak untuk juadah berbuka puasa puasa dan bersahur. Dan mungkin sediakan kuih muih yang mudah mudah sahaja.

Berkenaan dengan PKP pula, saya memang sangat menyokong pelanjutan ini kerana bilangan yang dijangkiti covid 19 masih tinggi. Bayangkan jika tiada lagi PKP, orang ramai akan berpusu pusu dan sibuk dengan aktiviti harian masing masing. 

Orang ramai akan kembali berhimpit himpit di dalam pengangkutan awam, restoran dan kedai kedai makan akan kembali dipenuhi oleh pelanggan. Takut dan sangat menakutkan bila membayangkan bagaimana musuh yang tidak kelihatan di mata ini akan mengganas dan memusnahkan paru paru manusia tanpa mengenal pangkat dan darjat.

Namun dalam masa yang sama, saya sangat bersimpati dengan orang orang susah yang tidak dapat melakukan pekerjaan yang biasa mereka lakukan. Bagaimana hendak memberi makan kepada keluarga. 

Kepada warga negara, ada juga bantuan dari kerajaan tapi bagaimana dengan warga asing yang berada di sini. Contoh, mereka yang sedang menyambung pengajian sambil melakukan kerja seperti mengajar mengajar Al Quran dsb. Saya sangat bersimpati dengan mereka yang kerugian kerana perniagaan tidak dapat dijalankan seperti biasa.  

Sekarang kita masuk pula bab resepi dan masakan. Saya kalau menyediakan apa apa sambal tumis, saya hanya akan menggunakan bahan asas sahaja iaitu cili kering, bawang merah dan bawang putih. Masukkan asam jawa, garam dan gula. Tak ada penggunaan sos atau kicap. 

Kalau saya nak makan ayam masak merah, baru saya masukkan sos. Baru terasa keaslian sambal tumis. Itu untuk kesukaan saya. Lain orang lain cara memasaknya kan. Citarasa dan selera berbeza beza. Betul tak?

Sambal Tumis Telur Puyuh Yang Sedap

Saya memasak sambal pelbagai, ada ketika saya menggunakan bawang besar hiris. Boleh klik di SINI untuk entri sambal telur puyuh saya sebelum ini yang diletakkan bawang besar. Tapi saya lebih suka, sambal yang agak pekat pekat dan rata cantik seperti sambal tumis saya hari ini. 

Sambal Tumis Telur Puyuh Yang Sedap

Hahaha bukan hendak memuji diri sendiri tapi sekadar berkongsi yang saya rasa sambal hari ini sangat sedap. Saya makan juga dengan mee hoon goreng. Sambil itu, saya juga mencicah ayam goreng dengan sambal ini. Sambal kalau pekat berkilat seperti ini, dicicah dengan roti pun sedap.

Sebenarnya semua orang pun boleh memasak sambal tumis. Tapi untuk menyediakan sambal tumis yang sedap perlukan cinta, perlukan kesabaran. Memang kena lama menumisnya, baru sambal akan jadi betul betul masak dan cantik berkilat. 

Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Sambal Tumis Telur Puyuh Yang Sedap

Sambal Telur Puyuh

Bahan bahan:
30 biji telur puyuh
2 susu besar cili kering kisar
1 sudu besar gula
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil pes asam jawa

Bahan kisar:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih

Cara cara:
Telur dbasuh bersih dan direbus dengan dimasukkan sedikit minyak dan garam. Setelah masak, tos dan lalukan di bawah air paip. Kupas telur.

Sambal Tumis Telur Puyuh Yang Sedap

Sambal Tumis Telur Puyuh Yang Sedap

Panaskan minyak yang banyak dalam kuali yang dalam supaya telur masak sekata. Biarkan minyak panas sehingga kelihatan berasap. Masukkan telur dalam senduk panjang untuk mengelak minyak merecik di tangan. Kacau rata dan setelah rata kekuningan, angkat dan tos. 

Sambal Tumis Telur Puyuh Yang Sedap

Sambal Tumis Telur Puyuh Yang Sedap

Panaskan minyak lebihan menggoreng telur dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak. Masukkan sedikit air dan tumis sehingga terbit minyak sekali lagi.

Sambal Tumis Telur Puyuh Yang Sedap

Setelah terbit minyak, masukkan sedikit gula dan kacau rata sehingga gula karamelised dan sambal berwarna gelap. Masukkan pes asam jawa, garam dan sedikit air.

Akhir sekali, masukkan telur dan kacau rata sehingga sambal benar benar sebati dan secukup rasa. Jika perlu, boleh ceduk keluar minyak yang berlebihan. 

Sambal Tumis Telur Puyuh Yang Sedap

Nota: 
Jika suka, boleh juga telur tidak digoreng.   


Jika suka, boleh masukkan bawang besar yang dihiris akhir sekali. Bila bawang besar layu, bolehlah ditutup api. 


Catat Ulasan for "Sambal Tumis Telur Puyuh Yang Sedap"