Rendang Pedas Ayam - My Signature Recipe
Alhamdulillah hari ini kita telah berada pada hari ke 24 Ramadhan. Malam ini malam ke 25. Semoga kita terus istiqomah dalam beribadah tanpa mengira malam ganjil atau malam genap di malam malam akhir Ramadhan ini. Insya Allah jika kita ikhlas, kita pasti akan menjadi orang yang berjaya di sisi Allah.
Sebelum masuk bab resipi, saya sekadar ingin mencoretkan sekarang ini ramai betul wanita dan para lelaki yang membuat content masakan di socia media. Perkembangan yang bagus untuk mendekatkan anak anak muda dengan dapur dan masakan.
Cuma saya yang dah kategori nenek nenek ini, memang tak akan mengikut resipi orang orang muda ni. Resipi yang dikongsi demi content. Saya dari dulu sejak dibangku sekolah memang peminat resipi, pencinta resipi dan pengumpul resipi.
Saya buat blog dan video channel lebih 10 tahun dulu untuk berkongsi resipi. Bukan berkongsi untuk content. Saya masak dan share. Kalau ada yang nak tengok, silakan. Kalau ada yang nak ikut, silakan. Itu sahaja.
Jadi saya ambil hanya resipi emak emak turun temurun atau resipi orang berniaga. Resipi tested lah dan yang boleh dipercayai. Insya Allah saya akan kekal dengan identiti dan cara saya sehingga satu masa saya bersara dari dunia blogging. OK setakat ini dahulu.
Cadangan asal hanya untuk menyediakan ayam goreng garam kunyit sahaja sebagai lauk nasi lemak. Tapi terfikir pulak, kalau dibuat lauk berkuah, boleh dimakan dengan nasi putih. Itu yang tukar fikiran, ke rendang pedas ayam. Ini kiranya a keeper recipe untuk rendang pedas ayam.
Untuk rendang ini, kita boleh membuatnya sedikit kering dengan dimasak dan kering lama lama. Sedap makan dengan lemang. Tapi hari ini, saya buat sedikit berkuah atau basah untuk dimakan dengan nasi lemak hijau. Nasi lemak yang dikisar daun pandan.
Jom layan resepi yang gerenti jadi dengan sedap di bawah ini. Jangan lupa untuk menonton video Azie Kitchen youtube channel di SINI untuk cara penyediaannya. Selamat mencuba...
Rendang Pedas Ayam My Signature Dish
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ayam
½ kg santan pekat segar
50 gram kelapa parut - digoreng keperangan
2 keping asam keping
1 helai daun kunyit - hiris
Garam
1 sudu kecil gula - opsyenal
Bahan kisar:
2 inci halia - 25 gram
1 inci kunyit hidup - 10 gram
2-3 biji bawang besar - 210 gram
5 biji bawang merah - 50 gram
4 batang serai
3 sudu besar penuh cili - 130 gram
Cara cara:
Masukkan semua sekali ke dalam kuali dan sekali sekala dikacau di bahagian dasar kuali untuk mengelakkan ayam hangit.
Masak sehingga rendang kering yang disukai. Masukkan asam keping, gula dan garam secukup rasa.
Nota:
Jika ayam dikeluarkan dari peti ais, dimasak ayam terlebih dahulu sehingga air ayam kering sebelum dimasukkan bahan lain.
Separuh dari bawang merah, boleh dihiris jika suka. Cara bonda mertua saya, semua bahan dihiris halus.
Catat Ulasan for "Rendang Pedas Ayam - My Signature Recipe"
Add your comment