Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Paru Goreng Istimewa

Paru Goreng Istimewa

Hari ini adalah hari pertama kita berada dalam fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan PKP. Fasa ketiga bermula hari ini sehingga 28 April 2020. Ini bermakna Ramadhan disambut dengan kita semua berada di rumah. Jadi banyak aktiviti yang kita boleh lakukan seperti mengaji, berzikir dan memasak untuk juadah berbuka dan bersahur. 

Insya Allah Juita akan balik ke Malaysia tidak lama lagi. Jika masih disyaratkan kuarantin, bermakna kami akan dapat bersama hanya minggu ketiga Ramadhan. Apa apa pun doakan semoga negara kita berjaya memutuskan rangkaian virus covid 19 supaya kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa. 

Anak anak saya memang suka makan paru goreng berlado. Kalau mereka ke bazar Ramadhan, boleh dikatakan setiap hari mereka membeli lauk ini. Hubby juga suka beli lauk ini kalau pun dia singgah sendiri sebab dia tahu ianya lauk kegemaran anak anak. 

Sebenarnya dah lama saya tak ke bazar Ramadhan. Balik dari pejabat, kami balik ke rumah dan akan ke bazar Ramadhan dengan anak anak. Atau kami terus singgah dan saya akan menunggu di dalam kereta sahaja. 

Maklumlah bulan Ramadhan ni, kena bukan sahaja puasa menahan lapar dahaga tapi juga kena jaga pancaindera. Tak mahu pahala puasa berkurangan dan sehingga akhirnya hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. 

Dengan erti kata lain, setiap pagi markah puasa kita ialah 100. Selagi kita tidak melakukan perkara yang ditegah sehingga tiba waktu berbuka, markah puasa tidak akan ditolak. Jadi kena jaga ini supaya kita mendapat markah setinggi tingginya. 

Paru Goreng Istimewa

Berbalik pada paru pula, kali ini saya ingin menggoreng sahaja. Saya selalu makan paru goreng seperti ini bila bersarapan dengan nasi lemak. Tapi saya lupa di mana saya makan paru goreng seperti ini. Ianya sangat lembut. Tidak keras atau rangup seperti yang biasa dijual. 

Alhamdulillah kerana akhirnya saya berjaya menyediakan sendiri paru goreng istimewa ini. Saya pelajari resepi ini di SINI. Sedap sangat sangat. Kepada mereka yang suka paru, boleh cuba. Anak saya Nana, memang tak makan segalanya jenis organ dalaman ni. 

Jom layan resepi yang saya salin di bawah ini. Video penyediaannya saya kongsikan di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI untuk rujukan di masa depan.  Selamat mencuba...


Paru Goreng Istimewa

Paru Goreng Istimewa

Bahan-bahan:
1 kg paru
1 inci halia - tumbuk halus
1 sudu kecil serbuk kunyit
4 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
Bersihkan paru. Rebus dengan garam dan asam keping dalam periuk Noxxa selama 30 minit. Dengan cara ini, tekstur paru lebih rangup dan baunya pun kurang hanyir.

Angkat dan sejukkan sebelum dihiris nipis. Satukan semua bahan dan perap pada paru. Ketepikan.

Paru Goreng Istimewa

Paru Goreng Istimewa

Paru Goreng Istimewa

Di dalam kuali, panaskan minyak. Paru digoreng secara deep fried menggunakan api sederhana.  

Ketika mula mula di goreng, minyak akan berbuih besar, bila buih besar mulai hilang, boleh angkat. Paru akan kelihatan garing dan berkilat. 

Paru Goreng Istimewa

Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan. 

Paru Goreng Istimewa



Catat Ulasan for "Paru Goreng Istimewa"