Kuih Akok Kedut Kelantan
Tapi namanya jer tak masak, sebelum berbuka, sempat juga saya goreng kacang panjang dengan telur. Goreng karipap yang dihantar menantu saya Mia. Karipap sardin yang sangat sedap. Memang susah hendak mencari karipap sardin yang dijual yang sedap dan kena dengan selera saya. Serious hampir tak jumpa lah. Kalau nak makan karipap sardin sedap, memang saya kena buat sendiri. OK lah sekarang berbalik pada cerita kuih akok.
Jadi sementara menanti waktu berbuka, saya masuk group WhatsApp dengan anak anak buah dan adik beradik di kampung, tengok anak buah kembar saya yang sedang menjalani PKP di kampung buat kuih akok. Terus dapat idea untuk membuat kuih akok juga. Lagi pula menyediakan kuih akok menggunakan cupcake maker sangat cepat.
Kali ini saya menggunakan resepi kuih akok yang diajar oleh Datin Isma dari Masak With Passion yang memang handal bab masakan terutama masakan Kelantan.
Saya hanya menyediakan separuh adunan sahaja. Cukup lah untuk kami berbuka, dapat juga 13 biji akok kedut kecil yang comel comel untuk juadah berbuka puasa.
Saya hanya menyediakan separuh adunan sahaja. Cukup lah untuk kami berbuka, dapat juga 13 biji akok kedut kecil yang comel comel untuk juadah berbuka puasa.
Kalau anda tidak menpunyai cupcake maker, boleh jer bakar dengan menggunakan acuan muffin di dalam oven. Tapi kalau oven, lama lah sikit nak tunggu oven panas dsb. Jadi apa tunggu lagi, esok ramai ramai pakat buat kuih akok kedut tau.
Jom layan resepi akok kedut yang saya gunakan hari ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...
Kuih Akok Kedut Kelantan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan A:
6 biji telur
2 sudu besar tepung gandum - 15 gram.
200 ml santan
Secubit garam
Bahan B:
2 keping gula Melaka - berat 200 gram
½ sudu besar gula pasir
2 helai daun pandan
100 ml air
Cara cara:
Masak air dengan gula Melaka, gula dan daun pandan. Sejukkan. Nota: tak perlu letak gula jika tak suka manis.
Kisar telur, tepung gandum, santan, garam dengan air gula Melaka sehingga kembang. Biarkan seketika untuk hilangkan buih.
Tuang minyak dalam acuan dan masukkan ke dalam oven. Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan. Nota: saya bakar guna acuan cupcake maker. Tuang minyak dan bila minyak panas, tuang adunan.
Salam. Kalau guna cupcake maker tu, panaskan masa terbuka atau perlu tutup atasnya
BalasPadamwslm. bila dah ON elektrik, ia panas secara auto.
Padamberapa minit ye kalau guna cupcake maker
BalasPadamAssalamualaikum, kak Azie, nk tnye Klau buat kuih akok kedut ni mlm dan jual esok pagi boleh ke
BalasPadamResepi ni sy cuba manis melekit. 😅 Itu dah skip gula. Bila bukak cupcake maker, sampai bertali sebab terlalu manis. Padahal gula melaka tu sy timbng 200g. 😅
BalasPadam