Kari Daging Dengan Ubi Kentang
Saya selama ini tidak pernah menulis secara terang terangan yang saya berkhidmat di Bank Negara Malaysia. Ramai yang tahu kerana pernah melihat gambar saya menghadiri majlis makan malam atau family day yang menpunyai logo BNM.
Saya merupakan pemegang biasiswa Bank semasa menuntut di Universiti Malaya. Jadi selepas tamat pengajian, saya terus diambil berkhidmat. Insya Allah dalam masa dua minggu lagi saya akan bersara dari perkhidmatan.
Jadi sepanjang minggu perintah kawalan pergerakan ini, seolah fasa sebelum persaraan. Saya mula belajar menyesuaikan diri dengan suasana baru. Berada dalam suasana badan yang sentiasa berpeluh dan melekit.
Tiada lagi dalam aircond walaupun di rumah saya menpunyai banyak aircond tapi bukan centralised aircond. Saya cuba untuk tidak berada dalam aircond sepanjang masa. Kan melambung pula bil elektrik setiap bulan. Kena belajar berhemah dalam berbelanja kerana selepas ini, tiada lagi gaji bulanan.
Rupanya berada di rumah ini, masa bergerak sangat pantas. Nak cari masa untuk mengaji juga, sangat mencabar. Selepas habis tugas di dapur, saya dah berpeluh dan kepenatan. Kalau di pejabat, saya banyak duduk di ruang kerja saya atau menghadiri mesyuarat di bilik mesyuarat sahaja. Tapi di rumah kena bergerak pantas ke sana ke mari. Itu pun Hubby masih ada di rumah kerana PKP, jadi dia membantu juga saya apa yang patut.
Doakan agar saya dapat menyesuaikan diri di rumah dengan baik dan gembira. Kalau tidak, terpaksa lah mencari khidmat seorang pembantu rumah. Tapi kalau ada maid, bukan ada banyak kerja di rumah ini.
Sekarang kita masuk pula bab resepi. Hari ini resepi kari daging. Mungkin resepi biasa pada ibu ibu tapi mungkin bermanafaat untuk anak anak yang baru belajar memasak atau baru berjinak jinak di dapur.

Selain dimakan dengan nasi putih, saya juga makan kari daging ini dengan homemade roti canai di SINI. Kalau makan dengan roti canai, kuah lebih sedap jikanya dibuat agak pekat pekat sedikit. Selain itu, masa di kampung dulu kami biasa makan kari atau kami panggil sebagai gulai daging dengan roti bata. Memang sedap.
Memasak daging lebih cepat bila saya merebus daging menggunakan periuk tekanan. Dalam 20 minit dah lembut sebab saya tak suka daging yang terlalu lembut. Nanti dah tak terasa seperti daging lah pulak.
Sementara daging direbus, saya menyediakan bahan bahan termasuk menumis. Untuk menyediakan kari yang sedap, bahan tumis hendaklah benar benar masak. Tumis lama lama dengan api yang perlahan.
Cara saya, bila menumis rempah, saya akan masukkan rempah kering dan dikacau dengan cepat sebelum dimasukkan air. Dengan cara ini, rempah kari akan wangi dan lebih garing.

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Cara biasa sahaja tapi mungkin teknik memasak yang membezakan cara memasak antara seorang dengan seorang yang lain. Selamat mencuba...
Kari Kambing Dengan Ubi Kentang
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
700-800 gram daging
2 biji ubi kentang
4-5 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
Rempah penumis - kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
2 tangkai daun kari
3 sudu besar rempah kari daging
Sedikit serbuk cili/cili kering kisar
Sedikit serbuk cili/cili kering kisar
250 ml santan kotak
½ sudu kecil pes asam jawa
1 sudu besar kerisik
Garam
Sedikit gula Melaka
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dan bawang bawang, halia yang dihiris serta daun kari. Tumis sehingga naik bau.
Masukkan rempah kari serbuk dan serbuk cili. Kacau rata dengan cepat supaya tidak hangit. Kemudian, baru masukkan sedikit air. Biarkan ianya mendidih dan pecah minyak. Nota: jangan bancuh rempah kari dengan air, biarkan kering.
Setelah itu, dimasukkan ubi kentang dan daging. Terus masak sehingga daging empuk. Nota: saya rebus daging dengan periuk tekanan selama 20 minit.
Setelah daging hampir empuk, masukkan santan, air rebusan daging secukupnya. Biarkan ianya masak dan daging empuk dan kuah benar benar terbit minyak.
Selamat bersara puan. Teruskan kongsi resepi ya. Terima kasih.
BalasPadam