Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Goreng Masak Halia

Ayam Goreng Masak Halia

Hari ini adalah hari ketiga terakhir saya berada dalam perkhidmatan. Pagi kami menpunyai menpunyai mesyuarat secara online menggunakan aplikasi Teams.

Hari ini juga saya sangat gembira kerana akhirnya Juita berjaya membeli tiket penerbangan untuk balik. Penerbangan yang ditempah sebelum ini dibatalkan. 

Walaupun Juita akan menjalani kuarantin selama 2 minggu, Insya Allah dia akan berpuasa dan menyambut hari raya Aidil Fitri bersama kami sekeluarga. Manusia hanya merancang tapi Allah juga yang Menentukan segalanya.

Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi sangat mudah dan sesuai untuk dimasak dan dihidangkan sebagai juadah berbuka puasa nanti. Resepinya ialah Ayam Goreng Masak Halia. 

Ayam Goreng Masak Halia

Bila saya memberitahu yang saya ingin memasak gulai nasi berlauk esoknya, Aween cepat cepat mencelah supaya saya memasak ayam juga. Dia memang hari hari kena ada lauk ayam. Tak kira masak apa pun, asal ayam. 

Saya sangat seronok bila Hubby dan anak anak makan dengan berselera lauk yang saya sediakan hari ini. Yang pasti lauk ini juga akan berada dalam senarai resepi lauk pauk yang akan sediakan dalam bulan Ramadhan nanti. 

Jom layan resepi dj bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Ayam Goreng Masak Halia

Ayam Goreng Masak Halia

Bahan bahan:
1 ekor ayam – dipotong kecil dan digoreng 
Daun sup - hiasan

Bahan A:
6 biji bawang merah – hiris
4 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - ditumbuk kasar

Bahan B:
2-3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap lemak manis
Air secukupnya
Garam
Gula - jika suka 

Bahan C:
1 inci halia - hiris panjang
1 biji bawang besar - hiris 
2 biji cili merah – dibelah 2
2-3 biji cili padi - diketuk 
Sedikit serbuk lada hitam biji 

Cara cara:
Ayam dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga masak atau 90% masak. Jangan garing kerana mahu ayam yang masih juicy. 

Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia tumbuk ditumbuk sehingga naik bau dan bawang keperangan. 

Ayam Goreng Masak Halia

Masukkan ayam, kicap, sos tiram, garam, gula dan sedikit air. Tutup kuali supaya ayam masak. Sesekali balikkan hingga ayam masak dan kuah agak kering. 

Akhir sekali, masukkan hirisan halia, bawang besar, cili merah dan serbuk lada hitam. Kacau rata sehingga bawang layu dan boleh ditutup api. 

Ayam Goreng Masak Halia

Tabur daun sup sebagai hiasan. Sedia untuk dihidangkan. 

Ayam Goreng Masak Halia


1 ulasan for "Ayam Goreng Masak Halia"

  1. Selamat bersara kak azie...lama sy ikut blog kak azie..segala resepi yg sy buat, alhamdulillah menjadi

    BalasPadam