Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Goreng Berlado Dan Hari Terakhir Dalam Perkhidmatan

Ayam Goreng Berlado

Retirement Countdown saya sejak empat tahun yang lalu telah sampai ke saatnya. Mesej yang saya terima sebaik bangun dari tidur pagi ini ialah "Tommorow you will retire. Almost there". Hari ini ialah hari terakhir saya dalam perkhidmatan. Saya memang bercadang untuk menghabiskan masa sebulan terakhir dengan dengan sebaiknya di pejabat. Ianya termasuklah mengemas workstation dan membawa balik barang barang peribadi. 

Namun manusia hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukan. Ketika kerajaan mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan, saya sedang bercuti dan saya terus tidak masuk ke pejabat sehingga ke hari ini. Sepanjang PKP, saya bekerja dari rumah. Jadi saya bersara juga dari rumah. Tidak berpeluang untuk clock out pada hari ini sebagai hari terakhir saya di pejabat. 

Tugasan pejabat terakhir saya hari ini ialah mesyuarat secara video online dengan rakan rakan sekerja untuk projek penambahbaikan sistem applikasi di jabatan diikuti dengan mesyuarat Ketua ketua Seksyen bersama Pengarah sehingga tengahari. Ianya merupakan mesyuarat terakhir. 

Sepanjang PKP, saya seolah menjalani persediaan persaraan. Membiasakan diri tidak berada dalam suasana sepenuhnya hawa dingin. Menjalankan tugas sebagai seorang isteri dan ibu dengan memasak di dapur setiap hari untuk menyediakan hidangan sarapan, makan tengahari dan malam. 

Pejam celik pejam celik, hampir 33 tahun saya berkhidmat. Saya mula bertugas selepas menamatkan pengajian peringkat ijazah di Universiti Malaya. Saya sangat bersyukur kerana berjaya menempuhi suka duka, jatuh bangun semasa berkhidmat. 

Bukan sesuatu yang mudah. Namun saat saya secara rasminya bersara, saya tidak mahu lagi menoleh ke belakang. Tidak mahu lagi mengenang saat duka, saat jatuh dsb. Saya hanya mahu mengenang keindahannya sahaja. 

Saya sangat bertuah kerana berpeluang berkhidmat di sebuah organisasi yang hebat. Pejabat yang lengkap dengan segala kemudahan yang moden dan canggih. Segala kemudahan dan kebajikan staf dan tanggungan dijaga. Kemudahan dan rawatan perubatan untuk saya dan suami tersedia seumur hidup. Dengan gaji dan bonus yang diterima, saya mampu membeli tanah kebun, membina rumah, menghadiahkan kereta buat suami dan segala barangan berjenama keperluan diri yang saya kehendaki. OK setakat ini dahulu, sekarang kita masuk bab resepi. 

Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi mudah iaitu resepi ayam goreng berlado. Sepatutnya cili dikisar kasar tapi saya dah terlebih halus. Maklumlah tangan sebelah mengisar dan sebelah lagi memegang handphone untuk merekod. 

Ayam Goreng Berlado

Bahan bahan yang digunakan adalah bahan mudah yang biasanya ada di dalam peti ais di rumah kita. Jadi boleh masukkan resepi ini dalam senarai lauk pauk yang boleh dimasak untuk hidangan berbuka di bulanRamadhan tidak lama lagi. 

Oleh kerana tahun ini Ramadhan pertama saya berada sepenuhnya di rumah, maka saya menyediakan senarai menu untuk dimasak sepanjang Ramadhan. Lebih lebih lagi kerana tahun ini, tiada Bazar Ramadhan seperti kebiasaannya.

Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Ayam Goreng Berlado

Ayam Goreng Berlado

Bahan bahan:
1 ekor ayam 
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 biji bawang besar
1 sudu besar gula
Garam

Kisar kasar:
4 tangkai cili merah merah buang biji
10 tangkai cili padi hijau

Cara cara:
Ayam goreng dilumur garam kunyit dan digoreng sekadar masak sahaja. Jangan garing. 

Ayam Goreng Berlado

Menggunakan minyak yang sama, dikurangkan minyak dan tumis bawang besar sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar kasar. Kacau sehingga sebati....

Ayam Goreng Berlado

Ayam Goreng Berlado

Masukkan kemudian masukkan semua sos, gula dan garam secukupnya. Kacau sebati.

Masukkan ayam goreng dan dikacau rata sehingga kelihatan sedikit kering. Boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan. 

Ayam Goreng Berlado


3 ulasan for "Ayam Goreng Berlado Dan Hari Terakhir Dalam Perkhidmatan"

  1. Selamat Bersara. Jaga kesihatan and see the world...enjoy your retirement.

    BalasPadam
  2. masakan saya dlm PKP ni ikut dia resepi hebak..che nom dan azie kitchen..hehe...

    BalasPadam