Sup Kambing Berempah Yang Sangat Sedap
Hari ini adalah hari ke 9, perintah kawalan pergerakan. Semalam, Perdana Menteri mengumumkan pelanjutan tempoh perintah kawalan pergerakan selama dua minggu lagi iaitu sehingga 14 April 2020.
Kerajaan juga telah mengumumkan penangguhan bayaran balik pinjaman bank, penyusunan semula baki kad kredit dan pinjaman korporat bagi meringankan beban rakyat. Malahan Perdana Menteri berjanji akan mengumumkan bantuan yang lebih menyeluruh untuk semua tidak lama lagi.
Bagi mereka yang makan gaji, tentu tidak jadi masalah kerana gaji berjalan tapi biasa. Cuma saya bersimpati dengan mereka yang bekerja sendiri, yang kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang. Jadi sama sama lah kita membantu setakat yang terdaya.
Bukan sahaja pada golongan asnaf ini tapi juga kepada petugas petugas keselamatan dan kesihatan yang bekerja tidak tentu masa. Mereka juga terdedah kepada risiko mendapat jangkitan wabak covid 19.
Sangat menakutkan kerana wabak ini tidak memberi simpton awal pada mereka yang terkena jangkitan. Ianya adalah serangan yang berlaku di seluruh pelusuk dunia tanpa mengenai siapa atau latarbelakangnya. Menonton berita di TV juga mengesahkan Prince Charles disahkan positive Covid 19.
Bila mendapat simpton, mungkin telah terlewat untuk rawatan. Sama samalah kita berdoa agar wabak ini segera dapat dihentikan. Dalam keadaan ini, hanya Allah sahaja yang Maha Berkuasa. Hanya Allah tempat kita memohon perlindungan dan memohon pertolongan.
Sementara itu, kita kena terus berada di rumah dan kerap membasuh muka dan tangan. Hatta disarankan supaya melakukannya setiap 15 minit sekali. Jangan menyentuh mata, hidung atau mulut kerana virus ini masuk melalui anggota berongga, bukan melalui kulit. Dengan cara berada di rumah, kita mampu memutuskan rangkaian wabak virus covid 19 dari terus menjangkiti satu sama lain.
Lauk ini saya masak semalam iaitu hari ke8. Saya memasak sup kambing ini menggunakan daging kambing bahagian paha yang diberikan oleh besan kami semasa mereka membuat korban tahun lepas. Dari sehari ke sehari, asyik tertangguh kerana tak pasti apa yang nak dimasak.
Tapi masa perintah kawalan pergerakan ini, semua bahan masakan yang ada di rumah dikeluarkan untuk dimasak. Korek dalam semua peti ais dan freezer. Saya guna bahan bahan yang ada kerana tidak mahu selalu keluar rumah. Semalam, Hubby terpaksa juga keluar rumah untuk kali pertama kerana makanan ikan koi dan kelah di rumah kami telah kehabisan.
Sup kambing berempah ini bukan sahaja sedap dimakan dengan nasi putih tapi juga dimakan dengan mee kuning. Masukkan sekali sayur sawi yang dicelur. Sedaap. Kalau tak suka daging kambing, boleh jer digantikan dengan tulang lembu.

Jom layan resepi di bawah ini. Juga video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....
Sup Kambing Berempah
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 kg tulang kambing - rebus
Rempah 4 sekawan
1-2 sudu kecil garam kasar
½ sudu kecil gula
Batang saderi
Bahan A - kisar:
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
4 inci halia
2 sudu besar lada hitam biji
Bahan B:
2 - 2 ½ sudu besar rempah sup
3 sudu kecil campuran rempah ketumbar biji, jintan manis dan jintan putih
Cara cara:
Masak daging kambing dengan periuk tekanan selama 20 minit.
Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar sehingga wangi.
Masukkan tulang dan air rebusan tulang. Tambahkan air secukupnya, jika perlu.
Masukkan garam dan gula. Setelah mendidih, masukkan batang saderi dan daun sup. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih.
Nota:
Catat Ulasan for "Sup Kambing Berempah Yang Sangat Sedap"
Add your comment