Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tumis Sotong

Sambal Tumis Sotong

Alhamdulillah cuti cuti kerja dari pejabat ini, page view untuk blog Azie Kitchen tetap tinggi. Terima kasih tidak terhingga kerana setia menyokong saya, kerana sudi klik iklan google di blog saya. Jadi saya kekal bersemangat untuk terus menulis dan update blog. 

Saya lihat ramai blogger yang mula aktif dalam Instagram dan telah jarang update dalam blog. Saya pula, suka blog kerana blog adalah tempat saya berinteraksi dengan pembaca dan follower semua. 

Saya percaya blog akan terus kekal walaupun ada yang mengatakan ianya dah old school. Saya sendiri bila mencari resepi, tetap menggunakan platfrom google. Search dalam google yang lebih mesra pengguna.  

Hari ini saya ingin kongsikan resepi Sambal Tumis Sotong. Tiadalah yang istimewa. cuma sekadar pengisian dan memberi idea apa yang hendak dimasak kalau bekerja dari rumah. 

Sambal Tumis Sotong

Semasa buka freezer, ternampak ada 6 ekor sotong yang Hubby beli di pasar Taman Tun. Di rumah saya ada 2 peti sejuk dan 1 freezer. Itu yang kadang kadang, terlupa simpan di peti yang mana. Jadi bila terjumpa sotong ni, terasa sangat happy. Rezeki lah di masa masa krisis seperti ini.  

Untuk sambal tumis, saya lebih suka sambal tumis yang sedikit pekat dan kering. Jika suka yang basah berkuah, bolehlah ditambah sedikit air. Sotong saya kali ini agak besar, jadi saya hiris setebal 1 inci. Kalau sotong kecil atau sederhana, saya suka memasak seekor seekor tanpa dipotong.  

Jom layan resepi di bawah ini. Selamat mencuba...


Sambal Tumis Sotong

Sambal Tumis Sotong

Bahan bahan:
6 ekor sotong - potong 1 inci tebal
2 sudu besar cili kering kisar
1-2 sudu besar gula
Garam
1 keping asam keping

Bahan kisar:
1 biji bawang besar - saiz besar
3-4 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara cara:
Panaskan minyak yang agak banyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Nota: bila menumis kena guna minyak yang banyak supaya bahan yang ditumis masak sempurna. Bila siap, boleh diceduk keluar minyak lebihan. 

Masukkan cili kering kisar. Setelah sambal garing, masukkan sedikit air dan tumis lagi sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak. 

Sambal Tumis Sotong

Masukkan sedikit gula pasir dan kacau rata. Selepas dimasukkan gula, sambal akan berubah warna menjadi sedikit gelap. 

Masukkan sotong dan kacau rata. Kemudian masukkan garam dan asam keping. Jika perlu, masukkan sedikit air. Nota: Sotong akan mengeluarkan air, jadi saya tos supaya air benar benar kering. 

Sambal Tumis Sotong

Kacau sehingga sotong masak dan bolehlah ditutup api. Nota: jangan masak terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat. 

Sambal Tumis Sotong



Catat Ulasan for "Sambal Tumis Sotong"