Puding Roti Dengan Sos Yang Sedap
Insya Allah tidak lama lagi, umat Islam akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan. Insya Allah Ramadhan tahun ini, saya akan sepenuh masa berada di rumah. Mudah mudahan saya akan dapat memaksimunkan ibadah di bulan yang menjanjikan pahala berganda ini. Aameen.
Tidak pasti lagi jika Ramadhan tahun ini, kita dapat mengerjakan solat sunat terawih secara berjemaah di surau dan masjid. Semuanya bergantung kepada perkembangan perintah kawalan pergerakan bagi memutuskan rangkaian virus covid 19 fasa kedua yang akan berakhir pada 14 April 2020. Fasa pertama telah bermula dari 18 sehingga 31 Mac 2020.
Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Begitu juga dengan PKP ini. Ada yang menganggap ianya adalah penghalang kebebasan untuk bergerak. Tapi pada saya secara personal, ianya adalah masa untuk saya membuat persediaan diri, masa untuk belajar erti kesusahan.
Yalah bila di pejabat saya berada dalam aircond sepanjang masa. Sedang di rumah, tidak semua kawasan dalam rumah dihidupkan aircond. Kan jenuh pula nak membayar bil elektrik. Jadi banyak lah masa saya berpeluh terutama selepas memasak.
Kedua, selain itu saya juga kena belajar untuk berjimat cermat. Lepas ini dah tiada lagi gaji bulanan. Insya Allah rezeki setiap orang telah ditetapkan. Tidak perlu risau dan bimbang. OK sekarang kita masuk pula bab masakan iaitu sejenis kuih muih yang disukai ramai iaitu Puding Roti Dengan Sos.

Puding roti dengan sos yang saya kongsikan hari ini disediakan oleh Juita. Saya hanya menemani Juita sepanjang dia berada di dapur.
Sambil itu, tugasan saya ialah mengambil gambar. Memasak seorang diri memang sangat membosankan. Jadi bila ada teman, kerja akan jadi lebih mudah dan menyeronokkan.

Puding roti adalah antara kuih muih yang kerap disediakan di rumah kami. Bila roti dah hampir tarikh luput, pasti yang terfikir ialah puding roti atau puding roti karamel. Bahan bahan yang diperlukan pun selalu ada di dalam stor dapur rumah kami. Menyediakan pun sangat mudah dan cepat. Kalau dibeli pastinya mahal.
Jadi apa kata di bulan Ramadhan nanti, kita sama sama menyediakannya sendiri di rumah untuk hidangan berbuka puasa keluarga kita. Setuju tak?

Jom layan resepi yang saya kongsikan di bawah ini. Selamat mencuba....
Puding Roti Dengan Sos
Bahan A:
7-8 keping roti
7-8 keping roti
2 sudu besar mentega - cairkan
3 sudu besar kismis
Bahan B:
500 ml susu segar @ 2 cawan
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu kecil serbuk cinnamon
Untuk Sos Kastard
1 tin susu cair
¼ tin air - guna tin susu cair tadi
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
Cara cara:
Satukan bahan-bahan B. Koyakkan roti dan masukkan ke dalam bahan B. Biarkan terendam dan meresap seketika.
Masukkan separuh kismis dan juga mentega cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak.
Untuk membuat kuah@sos kastad, campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat mengikut kepekatan ikut selera masing-masing.
Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.

memang sedap ni
BalasPadamSedapnyaaaa. K.azie kalau tak letak esen vanilla boleh ke? Berbeza sangat tak rasa dia

BalasPadamEsen vanilla biasanya guna untuk hilangkan bau hanyir telur tu maaf klu silap :)
Padamtkash azie. luv u
BalasPadamthank K.Azie. resipi selalu mudah and family saya suka. Semoga Allah murahkan lagi rezeki K.Azie.
BalasPadamAlhamdulillah dan terima kasih share resepi, semoga murah rezeki Azie sekeluarga....
BalasPadamKlau kukus bleh x..brp minit?tq kak azie
BalasPadamboleh. kukus sehingga masak.
Padamhi
BalasPadamDah cuba..sedappp tak manis. Habis family makan. Tq kak azie.
BalasPadamMacam mana nak elak daripada Tak berketul tepung kastardnya
BalasPadamKacau semua bahan bagi sebati dulu baru buka api dan sentiasa kacau dgn api perlahan
PadamKlu x bubuh serbuk cinnamon tu xpa ka
BalasPadamBoleh jer.
PadamBaru nak try petang ni hrp menjadi
BalasPadamBoleh ke gantikan mentega Tu dengan butter
BalasPadamBoleh guna mentega dg majerin. Mentega dg butter sama.
PadamSimple je resipi tapi mantop
BalasPadamSaya dah buat. Alhamdulillah.. memang sedap. Tak manis sangat, tak tawar sangat. Makan puding roti sahaja tanpa kastard pun sedap. Tq share resepi
BalasPadamCeria jadi ny.
BalasPadamKalau roti & susu tu di blender boleh ke?
BalasPadam