Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Hoon Goreng Sedap dan Mudah

Mee Hoon Goreng Mudah dan Sedap

Sepanjang langkah kawalan pergerakan yang bertujuan memutuskan rangkaian covid 19 dari 18 sehingga 31 Mac 2020 ini, saya memang langsung tidak keluar rumah. Saya memang rasa diri saya berisiko tinggi kerana saya memang mudah tidak sihat dan mudah dijangkiti. 

Selama ini, kalau ada orang sekeliling saya yang demam selsema sahaja, saya pasti akan mendapat demam juga. Jadi saya memang tidak mahu mengambil risiko. Kebetulan ketika ini, saya mengalami masalah allergi yang teruk. Makan ubat anti histamine dari hopsital pakar pun, tak nampak ada perubahan. Saya berdoa agar saya dan seluruh keluarga diberikan kesihatan yang baik. 

Saya pun stress dan risau bila memikir anak anak terutama Nana yang bertugas di PPMUM. Dia menghantar mesej yang mulai esok, PPMUM akan menjadi hospital merawat pesakit covid 19. Sama samalah kita berdoa agar semua kakitangan dan petugas kesihatan dilindungi dari jangkitan covid 19. 

Saya pun risau memikirkan Juita di Manchester. Semoga dia dan Marsya menpunyai bekalan makanan yang mencukupi yang tidak memerlukan mereka keluar rumah. Kalaulah tidak kerana mereka sedang mengikuti pengajian di semester akhir, pastinya saya akan meminta dia balik. 

Tapi balik juga, berisiko tinggi terutama dengan penerbangan yang memakan masa berbelas jam. Jadi yang dapat dibuat hanyalah berdoa kepada Allah sahaja semoga semuanya dipermudahkan.


Mee Hoon Goreng Mudah dan Sedap

Sepanjang tempoh ini, saya masak simple simple sahaja. Setiap pagi saya menyediakan nasi goreng menggunakan lebihan nasi sebelah malam. Selain itu, saya dan Hubby cuma makan roti yang disapu dengan mentega dan kaya. 


Memang dah jemu makan nasi goreng, jadi hari ini saya menukar kepada mee hoon goreng pula. Bahan bahan dalam peti ais rumah kami memang tak banyak. 

Kami tak sempat bershopping kerana mengikuti program JJCM Pantai Timur dan balik sehari sebelum kerajaan membuat pengumuman langkah ini. Jadi saya hanya menggunakan bahan bahan yang dibeli di Giant Kuala Terengganu dan juga bahan bahan yang masih ada di rumah sahaja. 

Walaupun simple tapi mee hoon goreng ini tetap sedap walaupun dah sejuk, malah makan sehingga ke petang pun masih sedap. Hahaha bukan nak memuji diri tapi saya rasa mee hoon hari ini sangat sedap. 

Perencah yang digunakan hanyalah ikan bilis dan telur sahaja. Untuk menggoreng mee hoon, tak perlu bahan banyak pun. Simple simple lagi sedap. Cuma pastikan rencahnya banyak supaya mee hoon goreng kita lebih terasa. Jangan kedekut dengan bahan bahan.

Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Mee Hoon Goreng Mudah dan Sedap

Mee Hoon Goreng

Bahan bahan:
1 pek 350 gram mee hoon vermicelli Jati
1 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
3 biji telur
Garam
Sayur kubis
½ batang karot
Daun bawang/daun saderi - jika ada
1 tangkai cili merah - hiris

Bahan kisar:
1 ½ biji bawang besar
4 ulas bawang putih
½ genggam ikan bilis

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan air kering. 

Masukkan cili kering kisar dan kacau rata rata sehingga cili cili benar benar masak dan terbit minyak. Boleh masukkan sedikit air dan biarkan masak sehingga terbit minyak sekali lagi. 

Mee Hoon Goreng Mudah dan Sedap

Setelah terbit minyak, masukkan garam, sos tomato dan sos tiram. Kacau rata. 

Mee Hoon Goreng Mudah dan Sedap

Masukkan karot dan kacau rata. Kemudian masukkan pula telur. Biarkan telur hampir masak, baru dikacau. 

Mee Hoon Goreng Mudah dan Sedap

Masukkan kubis dan kacau rata. Akhir sekali, masukkan mee hoon yang telah direndam sehingga lembut. Kacau sehingga bahan bergaul rata dengan mee hoon. 

Mee Hoon Goreng Mudah dan Sedap

Masukkan garam jika belum cukup rasa. Goreng sehingga mee hoon kelihatan berminyak. Bolehlah tutup api. 

Mee Hoon Goreng Mudah dan Sedap

Sebelum dihidang, tabur cili merah hiris dan daun bawang/daun saderi, jika ada. Saya tak letak daun bawang kerana tiada stock.


1 ulasan for "Mee Hoon Goreng Sedap dan Mudah"

  1. Bihun goreng ni tak perlu letak air ye sblum masukkan bihunnya?

    BalasPadam